“Zairy…ta’al…aiwah..enta ” (Zairy, sini kejap…ya…kaulah)

“Ana? “(Aku?)

“Aiwah…enta” (ya…kau)

Tetiba sahaja nafas ku berlari deras. Seakan tersekat di rengkungan. Degupan jantung mulai kencang. Akukah yang akan ke depan selepas ini. Kepala masih berselirat dengan seribu pertanyaan. Ketakutan kekadang terpaksa ditahan. Za’zoog, tiba-tiba mengarahkanku untuk beraksi selepas ini. Apa?

“wallahhi duktur..huwwa biharrak kitir, anduh bardu ilti’ab, wi kaman ma binamshi kholis…” ( dia ni doktor, terlalu aktif, ada depression, tak boleh tidur langsung…)

Aku seakan mendapat semangat baru. Budak-budak arab kat dalam dewan kuliah mula memberikan tepukan. Ada jugak yang tak habis-habis ketawa. Aksi-aksi rakan-rakanku yang lain benar-benar membuatkan aku sendiri tergelak.

“Anduh ayyi musykilah taniah?” ( Pesakit ini ada apa-apa masalah lain?)

“huwwa basahhinnum billeil, wi aiz ruh innadi!!!” ( Dia ini doktor, bangun tengah-tengah malam. Lepas tu cakap nak pergi kelab/tmn rekreasi!!!)

Sekali lagi satu dewan kuliah bergema. Semua pelajar arab mula berdiri. Kelihatan beberapa yang asyik membuat rakaman menggunakan handset masing-masing. Kepala aku ligat memikir ayat-ayat seterusnya yang harus kuberikan kepada doktor di depanku ini. Solah yang berada di sebelahku tak henti-henti merampas mikrofon di tanganku. Sengaja nak tunjuk seolah-olah agresif. Ternyata setiap gerak-gerinya menjadi. lakonan ditamatkan dengan tepukan rakan-rakan arab yang lain. Aku hanya menundukkan muka. Bimbang akan ditertawakan oleh yang lain.

————————————————————————————

Baiklah, apa sebab saya nak cerita pasal semua perkara ini? Apa rasionalnya? Ada faedah ke semua cerita-cerita ini?

Saya telah berjaya melawan rasa gemuruh saya sendiri. Percayakan anda semua kalau saya katakan bahawa perasaan takut dalam diri kita hanya akan menyebabkan kita kadang-kadang gagal dalam hidup. Jelasnya setiap kejayaan di dalam hidup hanya akan datang setelah kita melalui setiap kepayahan atau kesukaran. Dan bukankah setiap kesulitan itu pada mulanya kita sendiri enggan melakukannya? Kerana apa? Kerana kita sendiri kurang atau kadang-kadang tidak percaya pada diri kita sendiri.

Yakinlah pada diri anda sendiri. Sentiasa berikan sedikit kepercayaan kepada diri anda bahawa anda mampu melakukan lebih daripada yang anda sangkakan. Kita sebenarnya mampu pergi lebih jauh kalau kita  benar-benar mahukannya. Segalanya ada di tangan. Anda yang menentukannya. Semoga berjaya.

(p:s Peristiwa di atas berlaku ketika saya berada di dalam round psychiatric 8-28 november 2008, melakonkan aksi seorang pesakit yang sedang menghidap aggresive behaviour)