PERNAH tengok tak orang tenung sudu, sudu tu jadi bengkok? Wah..hebatnya!!! Macam mana boleh jadi macam tu? Magic ke??

Tu maknanya orang yang buat macam tu dia mempunyai keyakinan diri yang SANGAAAAAT TIIIIINGGGGI…Apa maknanya? ha, bila kita nak memulakan hari-hari kita, masa pagi-pagi lepas sembahyang subuh gitu..apa kita rasa? rasa bersemangat..melonjak-lonjak…Kenapa? Mengapa bila dah masuk tengah hari…nak ke petang pulak tu, kita rasa letih sangat, penat sangat-sangat..

Ingat lagi tak penjaga gol Malaysia berjaya menjaringkan gol daripada kotak penaltinya? Dia sepak bola tu, terus masuk ke kawasan lawan dan menuju kotak penalti lawan…dan akhirnya menerjah jaring gol…

Wahhh, apa nih? nasib jer kot bola tu masuk gol..

Walau apa pun yang kita fikirkan, mereka semua yang berjaya melakukan perkara-perkara yang agak luar biasa tersebut pastinya memiliki sesuatu kehebatan luar biasa yang tidak ada dalam diri kita. Keluarbiasaan yang sukar dimiliki oleh semua orang. Apa dia?

Saya yakin anda semua tentu masih ingat bagaimana Mark Spitz merjaya menggondol 7 pingat emas dalam acara renang semasa olimpik 1972 (masa tu saya pun tak lahir lagi…terbaca kat media-media cetak)…Dan baru-baru ini sebutir lagi bintang lahir di bumi Beijing, Michael Phelps berjaya memadamkan rekod Mark Spitz dengan meraih 8 pingat emas dalam acara renang juga. Ramai orang mengatakan Phelps memiliki suatu kehebatan yang cukup luar biasa.

Hari ini saya nak membicarakan bagaimana kita nak membentuk keyakinan diri yang tinggi dalam diri kita. Ramai orang kadang-kadang tidak percaya akan kebolehan yang mereka miliki. Kita sebenarnya memiliki banyak kelebihan dan keistimewaan yang orang lain tidak miliki. Ramai orang kadang-kadang terlupa yang ini…. Eh, betul ke?

Fernando Torres dan Davd Villa mungkin memiliki kemahiran yang tinggi dalam bermain bola sepak. Faisal Tehrani begitu hebat di lapangan penulisan dan pengkaryaan. Datuk Fadzillah kamsah pula mungkin terlalu hebat dalam memotivasikan orang sekeliling……

dan kita bagaimana? Anda bagaimana? Apa pula kelebihan yang ada pada diri kita? Ya, anda pasti ada keistimewaan tersendiri…Hanya anda sendiri yang mampu mencarinya… Anda semdirilah yang perlu mencungkil kesemua kelebihan-kelebihan anda itu…

Mari kita sama-sama mencari mutiara diri yang kita sendiri lupa untuk mencarinya. Semuanya tersimpan kemas di sanubari masing-masing. Suis ada di tangan, jangan tunggu orang lain yang memetiknya…Kalau anda dan kalau saya mahukan kehebatan sebenar kita…Ayuh kita berubah!!!