PEKAN NENAS merupakan sebuah kawasan yang terkenal dengan tanaman buah nanas. Kalau anda berpeluang untuk menjejakkan kaki ke negeri johor, jangan lupa untuk singgah ke bandar Pontian. Di sini terdapat beberapa tempat pelancongan yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah Kukup, Tanjung Piai dan sebagainya.

Tahukah anda Tanjung Piai merupakan kawasan paling selatan di tanah besar Asia? Kalau anda tak percaya bolehlah rujuk kepada mana-mana pakar geografi..hehe..Anda boleh menyaksikan puluhan kapal sedang berlabuh di perairan Johor dan Singapura melalui Tanjung Piai.

Eh, apa yang kau melalut jauh sangat nih? Maaf ya semua, kembali kita semua kepada tajuk asal kita…saya nak ceritakan kepada anda semua berkenaan Pekan Nenas. Sebenarnya kampung saya terletak di sini, sebab tu lah saya beriya sangat nak ceritakan kepada anda semua tentang tempat ni.

Pekan nenas ni kalau mengikut kajiannya, merupakan kawasan yang terkenal dengan tanaman nanas. Ha, sebab itulah dinamakannya Pekan nenas. Ternyata, kalau anda melalui sekitar kawasan Pontian anda akan melalui sebuah kawasan ladang yang dipenuhi dengan tanaman nanas. Pertama kali saya melihatnya…emmm…terkejut giler

nanas yang baru sahaja dipetik

Kalau anda semua mahu merasa buah nanas yang segar-segar, bolehlah datang ke Pekan Nenas ni kerana di sini juga terdapat banyak kilang-kilang memproses nanas. Dan apa yang pastinya terdapat banyak peniaga yang menjual nanas yang telah ditinkan di sekitar kilang-kilang tersebut. Harganya pula pastilah jauh lebih murah berbanding di tempat-tempat lain.

telah tersedia untuk dijamah..emmmm..

Ha, apa tunggu lagi…jom kita jalan-jalan…Pekan Nenas pastinya menjanjikan seribu satu pengalaman yang cukup berharga buat anda semua.