Sebuah syarikat insurans berlandaskan Syariah yang pertama di Britain dilancarkan hari ini. Mereka menawarkan perkhidmatan polisi insurans kenderaan berasaskan undang-undang Islam.

Syarikat insurans Salaam Halal yang berlandaskan prinsip Takaful, disasarkan kepada 1.6 juta penduduk Islam di Britain yang merupakan 2.7 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara tersebut.

Menurut Pengerusi Salaam Insurans, Abdulaziz Hamad Aljomaih, pelancaran Insurans Salaam Halal iaitu sebuah syarikat bebas pertama berasaskan syariat Islam ini merupakan satu perkembangan terhadap pembangunan sistem kewangan Islam di negara tersebut