Pengeluar kurma, Arab Saudi memberi amaran produk mereka akan dijual pada harga lebih tinggi tahun ini.

“Disebabkan peningkatan kos operasi dan bahan, termasuk pengangkutan, mesin dan gaji, kami tiada pilihan lain selain menaikkan harga sebanyak 25 peratus,” kata Timbalan Pengurus Besar Bateel Dates, Muntasser Faddhi, di Riyadh.

Laporan Arab News menyebut, Faddhi juga menambah pengimportan bahan penting, seperti serbuk coklat dan buah-buahan, menelan kos lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.

Situasi ini turut sama berlaku di mana-mana negara pengeluar kurma dunia. Di Mesir contohnya satu kotak kurma badam (almond), yang dulunya berharga sekitar LE17, kini harganya telah naik ke sekitar LE23…. apa dah jadi??

Akibatnya, negara-negara pengimport kurma seperti Malaysia sendiri sudah semestinya berdepan masalah yang lebih besar khususnya di musim bulan Ramadhan akan datang ini memandangkan permintaan yang semakin meningkat.