“Masalah bertimpa-timpa…tak habis-habis. Settle itu…ini pulak timbul…kau tahu buat kerja tak? kalau macam ni lah lagi baik kau letak jawatan!!!”

Ah, pedas benar tohmahan tersebut.Terlalu sukar untuknya menerima…

Inilah asam garam hidup. Kadang-kadang kita teruk kena hentam…kekadang kita pulak akan kenakan orang… ”tapi kau kena kuat..i know u can do it..”

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak ….semua rakyat seolah-olah tidak dapat menerimanya..baik golongan kaya mahupun yang miskin..Pasal minyak, semua barang lain turut naik harga…harga barangan runcit semakin menghantui seluruh masyarakat. Sampai bila semua harus berlaku?

Hari ini, satu lagi fenomena politik menyerang negara kita. Anwar Ibrahim sekali lagi menerima tuduhan ke atas dirinya. Orang kata ini permainan sebelah pihak untuk menjatuhkan karier politiknya.

Pak Lah dengan tegas menjelaskan bahawa pihaknya langsung tidak terlibat dalam kes ini. Anwar pula berkeras menyatakan bahawa ini hanyalah tuduhan dan konspirasi kedua ke atas dirinya. Ah, siapakah yang harus kita dengar? Pihak mana yang benar?

Apa yang pastinya, satu hari nanti akan tertunjuk jua jalan kebenaran ke atas mereka berdua dan kita semua…

Semoga negara kita terus mencapai keamanan.