“Hakim,mari sini tolong nenek ni…yang kau duk tercegat kat depan pintu tu buat apa?”

Suara neneknya itu sudah cukup untuk menyedarkanya daripada lamunannya.

“Ya nek,nenek panggil saya ya?”

“Apa la ko ni dik…berangan je.Akak tengok dari tadi kau tenung pokok kelapa Mak Leha kat depan sana tu pasal apa?Ingat kat awek eh..”

“Alah…sibuk je lah kak long ni.Kacau stim je.”Hakim sudah masak benar sikap kak longnya itu yang gemar mengusiknya.Fatihah Nurasma gadis manis dan bermata ayu itu bersekolah setakat SPM sahaja.Habis sekolah terus menolong nenek menjual kuih.Namun dia berasa bangga kerana dapat menolong membantu menyara adik-adiknya meneruskan persekolahan.

“Tak payah As.Nenek masih mampu untuk membesar dan menyekolahkan kamu semua!Buat apa sampai nak berhenti sekolah…kalau takde pelajaran,hidup kamu susah nanti.”kata-kata nenek masih terngiang-ngiang lagi di telinga.Masih hangat rasanya.Sesekali sedih juga apabila mengenangkan kembali saat-saat itu.

Betapa nenek amat sayangkan mereka semua.Asmah tahu dialah yang patut menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.Sebagai anak yang paling tua,dia juga harus memastikan pembelajaran adik-adiknya tidak terabai.

“Orang cuma teringatkan kawan lama je…lama tak jumpa.”tambah Hakim.

“Eleh..memandai je lah ko tu.Sudah-sudah,mari sini tolong kak long kopekkan pisang ni.”ujar Asmah sambil mengangkat pisang goreng di atas kuali.Petang itu,nenek sempat juga menyuruh Pak Mail untuk mengambilkannya beberapa tandan pisang di kebun.Nak pergi sendiri memang Nek Jah tak larat.

Dengan adanya pisang goreng tu,boleh lah jugak dijual kat depan rumah lepas asar nanti.Biasanya anak-anak gadis yang pulang bekerja di waktu petang memang rajin membeli kuih-muih yang dijual oleh nek Jah dan Asmah.

Selalunya Asmahlah yang akan membatu nek Jah dalam menyiapkan kuih-muih tersebut.Seawal pukul 4 pagi nek Jah akan bangun untuk menyiapkan nasi lemak serta kuih-muih untuk dijual di waktu pagi.Di sebelah petangya pula,Asmah dan nek Jah akan mula menjual sekitar jam 4 petang.

Hakim pagi-pagi lagi sudah ke sekolah.Lewat petang barulah dia pulang.Tahun itu dia akan menduduki peperiksaan SPM.Disamping tugasan-tugasan di sekolah,dia juga begitu sibuk dengan aktiviti-aktiviti di kampung tersebut.Maklumlah,mewarisi bakat kepimpinan arwah bapanya dulu.Dulu arwah bapanya merupakan imam di masjid kampungnya itu.Setiap malam Hakim akan mengikut arwah bapanya ke masjid.Mungkin kerana itulah bakat tersebut diwarisi olehnya.

“Dik,petang ni kau takde kelas tambahan ke?”soal Asmah.

“Takdelah kak long…cikgu adik tu kata dia ada urusan lain petang ni..hal kecemasan katanya.”

“Berapa hari lagi periksa kau tu dik?”

“Emm…adalah dalam sebulan lagi….orang tengah risau lah ni…banyak lagi yang tak ulangkaji.”balas Hakim sambil tangannya ligat membungkus kuih belebat ubi yang turut akan dijual pada petang itu.

“Kak long,abang Fitri takde call akak ke?lama saya tak dengar cite pasal dia..”tambah Hakim dengan tersengih-sengih.Asmah langsung tidak mengendahkan soalan adiknya itu.Terlalu banyak kenangan manisnya bersama Fitri.

Namun,semenjak pulang daripada luar negara Fitri ternyata sudah banyak berubah.Tidak semesra dulu.Dia sudah jarang keluar rumah untuk bergaul dengan jiran-jirannya yang lain.Keluarganya ada juga menjemput nek Jah dan Asmah menghadiri majlis kenduri kesyukuran kepulangan Fitri ke tanah air.Namun,mereka berdua tidak sempat bertemu kerana Fitri begitu sibuk melayan tetamu-tetamu yang lain.

Kehadiran Asmah pada majlis itu langsung tidak diendahkannya. Kini sudah masuk enam bulan Fitri pulang ke tanah air,namun dia langsung tidak pernah bertemu mahupun menanyakan khabar kepada Asmah.Asmah juga sedar bahawa dia hanyalah anak gadis kampung sedangkan Fitri kini merupakan seorang graduan lulusan luar negara.Kalau dulu orang memanggilnya dengan Fitri anak Pak Jaafar kedai runcit,namun kini dia sudah dikenali sebagai doktor Fitri.

“Kak long,tadi kan saya nampak kereta waja merah lalu kat depan sekolah saya.”Hakim cuba menyambung perbualan mereka.

“Eh,ya ke?Pukul berapa?Dia tak cakap apa-apa kat kau ke dik?” Asmah lantas bertanya kepada Hakim.Selalunya kereta waja merah itu dipandu oleh Pak Jaafar,bapa Fitri.Namun semenjak Fitri pulang,kereta itu dipandu olehnya sementara menunggu kereta baru yang ditempahnya siap.

“Ooh…kak long cuba sembunyikan sesuatu daripada adik eh…mana ada adik jumpa sesiapa tadi.Saje je je orang nak tengok gelagat kak long.Akak rindu kat dia ya?”sengaja Hakim menyakat kak longnya.Serta-merta Asmah mematikan api dapur gas dan berlari menuju ke bilik.Sebenarnya sudah sekian lama dia menunggu khabar berita daripada Fitri.

Dia juga faham yang Fitri begitu sibuk dengan kerjanya.Sebagai seorang pegawai perubatan,jadual hariannya begitu padat sekali.Dia juga pernah mendengar dari kawan-kawannya bahawa pegawai perubatan seperti Fitri kadang-kadang terpaksa seharian menghabiskan masa di hospital.Namun,takkanlah tiada pun masa walaupun sesaat bagi abang untuk berjumpa dengan As,apa salah As bang?keluh Asmah.

Bagi Asmah,Fitri adalah segala-galanya semenjak kehilangan kedua-dua orang tuanya lebih sepuluh tahun yang lalu.Perkenalannya dengan Fitri bermula semasa dia berada di tingkatan dua.Fitri sewaktu itu berada di tingkatan lima.Jika ada sebarang masalah,Fitrilah tempatnya mengadu.Kebetulan Fitri semasa itu merupakan salah seorang pembimbing rakan sebaya di sekolah mereka.

Mereka dipertemukan ketika satu program yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya sekolahnya.Fitri telah dipasangkan dengan Asmah dalam salah satu slot program tersebut.Dari situ bermulalah perkenalan mereka.Fitri juga sangat pandai dalam memujuk dan memberi nasihat kepada Asmah.Asmah berasa tenang sekali setiap kali bersama Fitri.

“Akak…kak long…keluarlah.Janganlah marah.Orang main-main je lah.Dah besar-besar pun nak merajuk ke?Nenek dah nak keluar dah ni.”Hakim cuba memujuk kak longnya itu.Perlahan-lahan Asmah membuka pintu biliknya.

“Akak bukan merajuk…cuma sikap kau tu je yang akak tak suka.Saje je eh kau nak kenakan akak.” Segera dikesat air mata yang mengalir di bawah kelopak matanya itu. “Takpe hari ini hari kau..lain hari nanti akak pulak kenakan kau.”ujar Asmah sambil membetulkan anak tudungnya bersiap untuk ke dapur.Gadis kecil molek itu sedar bahawa masalah peribadinya tidak boleh dicampur dengan yang lain-lain.Dia perlu memastikan semua adik-adiknya mendapat perhatian dan belaian kasih sayang yang secukupnya setelah ibu bapanya meninggal dunia.

“Kenapa dengan kau ni long?….tak pasal-pasal matikan api dapur ni.”Nek Jah sudah faham benar keletah cucu-cucunya.Dia juga tahu hubungan Asmah dengan Fitri.

“Fitri tu budak baik As.Untung kalau kau dapat dia.Berbudi bahasa,hormat orang tua,bijak,kacak…”macam-macam nek Jah memuji Fitri setiap kali mereka berbicara tentang jejaka tersebut.Sememangnya Fitri merupakan seorang pemuda yang menjadi kegilaan anak-anak gadis Kampung Dulang Tunggal.Namun,entah kenapa hatinya benar-benar terpaut kepada kelembutan serta keayuan Asmah.

“As,minggu depan abang dah nak fly…abang harap As jaga diri baik-baik ya…jaga nenek..jaga adik-adik…insyaallah sampai sana nanti abang hantar surat kat As..As takyah risau eh..

Asmah langsung tidak berkata-kata.Hanya tertunduk sahaja.Sudah tidak sanggup untuknya menatap wajah jejaka yang telah memberi perangsang kepadanya selama ini.Lelaki yang selama ini tidak putus-putus memberikannya harapan dan dorongan untuknya terus menempuh liku dan cabaran hidup.

Enam tahun bukanlah suatu masa yang pendek.Banyak perkara boleh berlaku.Nek Jah sudah berulang-ulang kali memujuk Asmah supaya merelakan sahaja pemergian Fitri ke kota London itu.”Dia ke sana bukannya nak melancong long…dia nak belajar..nak tuntut ilmu…nanti kau jugak yang senang.”Itulah nasihat yang seringkali diberikan oleh nek Jah kepada Asmah.

“As,pandang muka abang.Jangan macam ni…kalau As sedih,abang lagi sedih..berat hati abang nak tinggalkan As dalam keadaan macam ni…”Fitri terus memujuk Asmah.Tangisan Asmah semakin tidak dapat dibendung lagi.Tidak sanggup rasanya untuk ditinggalkan sebegitu lama.

“Abang pergi sana pun bukannya lama sangat As…bila ada rezeki,abang balik …jangan sedih sayang..” Entah kenapa tiba-tiba perkataan itu terpacul dari mulutnya pada petang itu.Sebenarnya,dia memang benar-benar menyayangi Asmah.Namun apakan daya,peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seumpama itu tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.Pernah juga dia memujuk ibu dan bapanya supaya membenarkannya belajar di dalam negeri sahaja.Namun pujukan itu ditolak mentah-mentah oleh kedua-dua orang tuanya.

“Baiklah..kalau As tak nak tengok muka abang..biarlah abang pergi…tapi percayalah pada abang As…abang amat menyayangi As…abang tak akan sia-siakan hidup As…Abang harap As dapat tunggu abang.”dalam paksa Fitri terus sahaja berlalu.Petang itu Asmah merasakan bahawa dia telah hilang segala-galanya.Setelah ibu bapanya pergi meninggalkannya buat selama-selamanya,dia tidak sanggup untuk kehilangan Fitri pula.

“Bang Fitri….”Asmah bingkas bangun dan berlari mendapatkan Fitri. “As relakan abang pergi…cuma As takut bang.”tersekat-sekat nadanya sambil tangannya memaut erat tangan Fitri.Fitri hanya tersenyum.Asmah menjadi serba-salah setelah menyedari tindakan luar kawalannya itu.Segera dia melepaskan tautan erat tangannya.

“Ooh…dia takut rupanya…kenapa tak cakap awal-awal?Siang-siang macam ni mana ada hantu.”sengaja Fitri membuat jenaka untuk menghilangkan kesedihan gadis itu.Dia juga tahu Asmah takkan membiarkannya berlalu begitu sahaja.

“Abang ni…kita serious tau,dia main-main pulak…”Mukanya kembali ditundukkan ke bawah.Dengan pantas Fitri mengangkat dagu gadis itu…kini mata mereka bertentangan sesama sendiri..Puas sekali Fitri setelah berjaya menatap wajah gadis impiannya itu.Mata Asmah direnungnya tajam.Asmah kali ini tidak dapat mengelak daripada memandang dua biji mata jejaka tampan di hadapannya itu.

“As takut kehilangan abang,” air matanya kembali berlinangan di kelopak matanya.”As takut bang…”

“Percayalah pada abang As…Abang takkan tinggalkan As..As akan tetap berada di hati abang.Kita perlukan kejujuran dan kepercayaan As….As kena percayakan abang.”Fitri terus berusaha menenangkan Asmah.

“Abang tahu berat untuk As merelakan abang pergi,tapi inilah yang dinamakan pengorbanan…setiap apa-apapun memerlukan pengorbanan As.”

Fitri memang bijak dalam menangani kes-kes serupa itu.Mungkin atas sebab itulah ramai wanita yang terpikat kepadanya.Tapi kenapa pada hari itu,sukar sungguh rasanya untuk dia menundukkan Asmah.

“Long…dah siap belum?adik kau dah tunggu lama kat luar tu..marah pulak nanti dia..”Nek Jah menyedarkan Asmah daripada lamunannya.Segera diletakkan pinggan yang masih tidak berbasuh di tangannya itu dan terus sahaja keluar mendapatkan Hakim.

“Sori dik..akak lambat..lambat pulak sayur kat dalam tu masak..”

“Sudahlah kak…bukannya adik tak tahu…akak ingat kat abang Fitri kan?..tak baik tau tipu-tipu…kan tengahari tadi nenek dah masak…hehe,”sengaja Hakim mengusik kak longnya itu sebelum berlalu masuk ke rumah untuk menunaikan solat asar.Asmah hanya menggeleng kepala.Malu juga rasanya apabila tekaan adiknya itu mengenai pada sasarannya.

**************************************************

Sejuknya pagi kota London benar-benar menusuk ke tulang.Fitri masih di dalam selimut tebalnya.Malas benar rasanya untuk bangun daripada tilam empuknya itu.Kamal dan Shamsul telah lama pergi ke kuliah.Selalunya memang mereka malas nak mengejutkan Fitri…”korang kalau nak pergi kelas tu,pergilah…tak payah nak kejutkan aku.”pernah Fitri memarahi rakan sebiliknya itu apabila mereka mahu mengajaknya ke kuliah bersama-sama.Semester ini adalah peluang terakhir bagi Fitri.Sudah tiga semester dia gagal.

Semenjak perkenalan dengan Suzie,perangai Fitri mula berubah.Kalau dulunya dia adalah pelajar yang sentiasa mendapat 10 tempat pertama setiap kali di dalam peperiksaan di universiti,namun kini dia hanya menunggu masa untuk diberhentikan.Suzie merupakan anak seorang usahawan terkemuka.Bapanya mempunyai rangkaian perniagaan yang luas di seluruh dunia.Dengan limpahan wang dan harta,Fitri hanyut di tengah-tengah kota orang putih itu.

“Kalau you nak apa-apa,just inform kat me k…”seringkali Suzie mengungkapkan kata-kata seperti itu kepada Fitri.Fitri hanya tersenyum bangga kerana dapat berkawan dengan gadis ranggi secantik Suzie.Walaupun berasal daripada kampung,Fitri begitu cepat menyesuaikan dengan keadaan kota London itu.

Masa terus berlalu,Fitri berjaya lulus dalam peperiksaannya selepas itu lantaran mendapat dorongan daripada bapa Suzie,Datuk Hisyam.Bapa Suzie juga tahu hubungan mereka berdua dan begitu marah apabila mendapat tahu Fitri hampir-hampir sahaja diberhentikan daripada universiti.Kalau boleh dia mahukan Fitri dapat segera menghabiskan pelajarannya dan pulang ke tanah air.Dia juga telah berjanji kepada Fitri bahawa dia akan memberikan modal seberapa banyak kepada Fitri untuk membuka klinik sendiri.Memandangkan Suzie merupakan satu-satunya anaknya,justeru dia mahukan anak kesayangannya itu dapat mengecap segala nikmat kekayaan dan kesenangan yang ada padanya.Fitri adalah calon yang paling sesuai untuk mewarisi harta kekayaannya selama ini memandangkan dia memang tidak dikurniakan anak lelaki.

**************************************************

“Encik nak beli kuih apa?”lembut Asmah bertanya kepada jejaka berkemeja putih di depannya.Segak sekali.Seorang gadis tinggi lampai dengan rambut di paras bahu berada di sebelahnya,memaut erat tangan lelaki tersebut.Fitri tidak dapat berbuat apa-apa,Suzie benar-benar mahu mereka berhenti membeli kuih di situ.Walaubagaimanapun,dia yakin dengan penampilan barunya itu,pastinya Asmah tidak dapat mengenalinya lagi.

“Bang…boleh saya bantu..”lantas Hakim menyedarkan Fitri yang semenjak dari tadi hanya merenung wajah Asmah.Tidak berkelip matanya menatap wajah gadis manis itu.

“Bagi saya kuih donat seringgit,kuih yang color hijau tu seringgit jugak.Emm….you nak kuih apa?”tanya Suzie kepada Fitri sambil matanya masih memerhatikan setiap kuih yang ada di atas meja itu.Banyak sekali pilihannya.

“Kau masih secantik dulu As.”tiba-tiba sahaja ayat itu terkeluar dari mulut Fitri.

“Ya,kenapa encik..maaf saya tak dengar?”soal Asmah.

“Apa you ni…melatah bukan-bukan…sori ya…dia ni memang macam ni..”pantas Suzie mematikan lamunan Fitri.”Kira semua kuih ni.”

“Oops,maafkan saya ya dik..saya tersasul tadi.”ujar Fitri.Matanya masih memandang ke arah Asmah.ternyata dia sukar hendak melupakan gadis kampung itu.Kenapa kau tidak mengenali abang As,bisiknya.Kereta BMW yang dipandunya bergerak meninggalkan Asmah dan Hakim.Hakim masih terpinga-pinga melihatkan gelagat Fitri.

“Kenapa dengan orang lelaki tadi tu kak long?”kata Hakim.”Dia tenung akak macam nak makan orang..”

“Alah…biarkanlah dia dik,asal dia tak kacau kita sudahlah,”Asmah langsung tidak mengendahkan pertanyaan adiknya itu.Sebenarnya dia sendiri berasa pelik dengan gelagat Fitri itu.

Malam itu Fitri terlalu sukar hendak melelapkan mata.Pertemuan petang tadi mengingatkannya kembali akan janjinya suatu masa dulu kepada Asmah.As,maafkan abang As…abang bersalah,..abang dah mungkir janji kita,Fitri mengeluh sendirian.Kini dia berada di dua persimpangan.Amat sukar baginya membuat keputusan.Tiba-tiba sahaja Asmah muncul kembali di dalam hidupnya setelah bertahun-tahun lamanya nama itu hilang dari hatinya.

Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi.Fitri masih gagal untuk melelapkan mata.Sudah beberapa kali dia cuba untuk melelapkan mata,namun masih gagal.Perlukah aku berterus terang?Betulkah tindakan ku ini?bisik Fitri sendirian.Abang masih tak dapat lupakan kau,As….aahh,aku tak boleh bohong pada diriku….

Jam menuju ke angka 4 pagi,dalam kedinginan pagi Asmah bangun mengejutkan nenek dan adik-adiknya yang lain.Ketika itu jugalah dia terbaca mesej yang baru diperolehnya.

Tahniah krn mndpt mesej brtuah ini.Anda adalah org paling brtuah pd pg ini krn mndpt sms paling istimewa drp saya…slm prkenalan…-Ringgo.

Emm…Ringgo?…hai,macam-macam orang zaman sekarang…dah takde kerja lain agaknya,rungutnya sendirian lalu terus sahaja mendelete mesej tersebut.Dia terus menuju ke dapur membantu nek Jah menyiapkan persiapan jualan pada pagi itu.Hakim dan adik-adiknya yang lain sibuk untuk bersiap ke sekolah.

Sepanjang hari itu Fitri resah.Ternyata terlalu sukar baginya untuk melupakan gadis kampung itu.Sejak pertemuan tempoh hari,wajah Asmah sentiasa berada di kotak fikirannya.Bermacam-macam perkara bermain ligat di kepalanya.Macamana aku nak hadapi semua ini..ya Allah enkau berilah petunjukMu kepada hambamu yang lemah ini…aku masih sayangkan dia…

Malam seterusnya,Asmah mendapat lagi mesej misteri seperti yang diperolehnya semalam…

Hye..sombongnya…org nak kenal,awk buat dek je.balaslah sms ini sekiranya awk mghargaai prshbtn ini..-Ringgo

“Eiii,apa ni…ishh…tak de cara lain ke nak ngorat anak dara orang.”Asmah berleter sendirian sebaik membaca mesej tersebut.Dengan pantas dia membalas mesej tersebut…

Saya x berminat utk berkawan dgn awk sbb saya memang tak kenal awk..jgn ganggu saya..faham!!!

Asmah hanya tersenyum sebaik sahaja menghantar mesej tersebut.Puas rasanya setelah menghantar mesej tersebut.Dia juga tahu penghantar mesej misteri itu pastinya akan marah sebaik sahaja membaca mesejnya itu.Padan muka kau!

Saya sebenarnya peminat cik asmah..kalo bleh saya nk kenal dgn awk..bleh???

“Eh,orang ni tak faham bahasa melayu ke?macamana pulak dia boleh tahu nama aku?”Asmah semakin bingung setelah mendapat mesej seterusnya daripada penghantar sms yang hanya dikenali sebagai Ringgo itu.Apa tujuan sebenar kau,apsal pulak nak kenal dengan aku ni?soal Asmah sendirian.Rambutnya yang tidak gatal itu digaru-garu…

Baiklah.Kita kenal..so apa lagi awk nk dari sy?dari mana awk tau nama sy?

Sepantas kilat mesej itu dibalas…

Itu sume x pnting..yg pnting skunk awk dh jd shbt sy rite?hehe..

Mulai malam itu,hampir setiap malam mereka berdua saling berbalas sms.Daripada perasaan benci,semakin hari Asmah semakin seronok berkawan dengan Ringgo.Ringgo sentiasa memahami hati dan perasaan Asmah.Setiap masalah yang menghantui Asmah akan segera terlerai sebaik diluahkannya kepada Ringgo.Ternyata Ringgo telah berjaya mencuri hati Asmah!

“Kak long,tadi kan ada sorang cikgu baru masuk sekolah adik…cikgu Zila namanya…tadi dia pakai baju kurung kuning tudung color coklat…cantik orangnya…hehe..”ujar Hakim sebaik sahaja masuk ke rumah.Petang itu dia agak lewat sedikit pulang dari sekolah kerana terpaksa menghadiri program motivasi pecutan terakhir anjuran sekolahnya.

“Wah…kau ni dik.Bila nampak perempuan cantik,mula lah kau…miang…”balas Asmah sambil mengusik adiknya itu.

“Cikgu tu kata dulu dia belajar kat luar negara…sekarang tinggal kat Taman Megah Perdana…alah…rumah banglo yang besar tu kak..”semangat sungguh Hakim menerangkan tentang cikgu barunya itu. “Alah kak…kitorang semua dah tanya cikgu tu tadi…dia dah ada pakwe la kak…melepaslah saya,”

“Ooi…cik Hakim,awak tu belajar lagi…sekolah pun tak habis lagi…jangan nak menggatal pulak ya,”pantas Asmah membalas kata-kata adiknya itu.Pengat pisang yang dimasaknya sejak dari tadi telah hampir siap.”Cepat dik,panggil Aini dan Aisyah…kita makan pengat pisang ni sama-sama.” Bagi Asmah,hanya adik-adiknya lah yang menjadi teman hidupnya kini selain nek Jah.

*******************************************************

“Bang Fitri,semalam ayah bagitahu Suzie yang dia nak jumpa you malam ni…malam ni you free kan?”soal suzie.Dia dan Fitri sedang dalam perjalanan untuk makan tengahari bersama-sama.

“Ada apa father you nak jumpa saya?”

“Dia nak bincang pasal kita…”balas Suzie.

“What?”

“Ya..kita kan dah lama kawan..kalau boleh my dad nak ambil you sebagai menantu dia…you mesti setuju kan?”

Ya Allah,apa harus aku beritahu kepada Suzie ni?patutkah aku memberitahu perkara sebenarnya?bermacam-macam persoalan berlegar di fikirannya. “Emm..I tak sedia lagilah…lagipun baru sebulan me kerja…hope you understand k..”

“Kenapa dengan you ni?Dulu masa kat UK you takde pun macam ni?Bila dah balik sini lain pulak ceritanya…You nak tunggu bila lagi?”desak Suzie.Fitri hanya diam membisu.

Malam itu seperti yang dijanjikan,Fitri hadir makan malam di rumah Suzie.Datuk Hiyam dan Datin Marina turut ada bersama mereka.Fitri begitu berdebar-debar sekali.Dia tahu bahawa dia tidak boleh melakukan kesilapan pada malam itu.Dia perlu bijak dalam membuat keputusan.Keputusan yang akan menentukan juga masa depan hidupnya.

“Fitri,sebenarnya uncle ajak kau datang sini malam ni sebab nak bincang pasal kau dan Suzie…uncle harap kau pun faham.”Datuk Hisyam memulakan bicara sebaik mereka duduk di sofa ruang tamu selepas menikmati juadah makan malam.Fitri hanya mendiamkan diri.Berat rasanya mulutnya untuk bersuara pada malam itu.Dia cuba menenangkan dirinya dengan membelek-belek majalah yang ada di atas meja ruang tamu itu.Pertanyaan Datuk Hisyam seolah-olah tidak didengarinya.

“Uncle nak tanya,kau ni benar-benar ikhlas ke berkawan dengan Suzie?”Datuk Hisyam terus bertanya kepada Fitri.Suasana sepi seketika.Semua mata tertumpu ke arah Fitri.Fitri hanya tertunduk.Majalah di tangannya segera diletakkan kembali di atas meja.

“Saya ikhlas uncle..”rigkas jawapan daripada Fitri.Entah kenapa ringan benar mulutnya untuk bersuara kali ini.Dia sendiri tidak tahu.

“Maknanya kau setujulah ya untuk berkahwin dengan Suzie…kalau macam mudahlah kerja uncle dan auntie..”sambung Datuk Hisyam lagi.Suzie tersenyum puas.Datin Marina menghela nafas panjang.Datuk Hisyam pula terus berlalu meninggalkan Fitri kebingungan.Fitri ternyata kian tersepit.Hendak ditelan mati emak nak diluah mati bapa…apa yang telah aku lakukan ini!raung Fitri sendirian.

Malam itu,keretanya dipandu dengan laju sekali.Jiwanya seakan kosong.Dia tidak tahu adakah pilihan yang dilakukannya pada malam itu adalah tepat.Dia juga sedar bahawa dia tidak sepatutnya memilih Suzie…aku tak cintakan dia…As,abang masih sayangkan kau As…

Emm..sy rasa dah tiba masanya utk kita bertemu..sy nk jumpa awk esok kat dpn sekolah bleh?

Asmah berasa gembira sekali setelah mendapat mesej tersebut.Akhirnya Ringgo hendak juga bertemu dengannya.Sekian lama dia mengharapkan agar dapat bertemu dengan jejaka yang bernama Ringgo itu akhirnya terlaksana.Namun,dia juga tertanya-tanya mengapakah Ringgo mahu bertemu dengannya sedangkan selama ini dia tidak pernah mahu berjumpa dengannya?

“Kak long,tadi cikgu adik bagitahu adik yang dia nak jumpa dengan kak long.”ujar Hakim.Pen di tangannya dimasukkan ke dalam kotak pensel.Semua kerja sekolahnya telah disiapkan.

“Eh,apsal pulak cikgu kau tu nak jumpa dengan akak…kau ada buat salah ke dik kat sekolah?”kata Asmah.Handset di tangannya segera diletak di atas meja di belakangnya.Dia tidak mahu Hakim mengesyaki sesuatu tentang perkenalannya dengan Ringgo.

“Mana ada kak…saje je dia nak jumpa akak…adik bagitahu dia yang akak dan neneklah yang besarkan kitorang adik-beradik.Jadi dia saje je nak jumpa ngan akak jap.”terang Hakim.Bersungguh sekali nampaknya.”Esok balik sekolah akak ambil adik ya…nanti adik bawakan cikgu tu…alah…cikgu yang hari tu adik ceritakan kat akak tulah…cikgu Zila.”

“Yalah…makan cepat…sejuk pulak nasi tu nanti…bual je tak habis-habis.”balas Asmah.Kebetulan esok petang juga dia perlu bertemu dengan Ringgo.Jadi,memang tiada masalah baginya untuk berjumpa sekali dengan cikgu Hakim itu.

Malam itu,Asmah agak sukar untuk melelapkan mata.Esok dia akan dapat bertemu dengan Ringgo yang selama ini hanya dikenalinya melalui sms.

Tepat jam 2 petang keesokan harinya.Asmah telah berada di pintu pagar sekolah Hakim.Dari kejauhan kelihatan Hakim sedang menuju ke arahnya.Kelihatan juga seorang wanita lingkungan umur 20-an berada bersamanya.Mungkin inilah cikgu Zila yang dikatakan Hakim,desisnya.

“Dah lama akak sampai?”soal Hakim sebaik mendapatkan kak longnya itu.

“Baru je dik…ada lah dalam 5 minit.”

“Ha,inilah cikgu Zila yang Hakim selalu cerita kat akak tu.”ujar Hakim.Riang sekali dia petang itu.

“Hai…saya Zila..awak Asmah ya,kakak Hakim…Hakim selalu cerita pasal awak.”

“Ooh ya ke?Hakim ni memang banyak mulut siket…cikgu balik apa ni?”tanya Asmah.

“Selalunya saya balik naik kereta sendiri,tapi hari ni kawan saya yang amek..”

“Alah cikgu….cakap je lah pakwe cikgu yang amek…kan senang cite..”sampuk Hakim.

“Hakim,tak baik tau cakap dengan cikgu macam tu..”Asmah cuba memarahi Hakim.Cikgu Zila hanya tersenyum.

Seketika kemudian,perbualan mereka terhenti tatkala sebuah kereta berhenti benar-benar dihadapan mereka.Kelihatan cikgu Zila sudah kenal dengan pemandu kereta tersebut.

“Baiklah Hakim,Asmah…saya balik dulu.”ujar cikgu Zila sambil membuka pintu depan sebelah kiri kereta tersebut.Asmah dan Hakim hanya tersenyum sambil melambai tangan ke arah cikgu Zila.

Namun,kereta itu langsung mahu tidak bergerak.Asmah dan Hakim hanya memerhatikan sahaja.Cuba juga diperhatikan apakah yang berlaku di dalam kereta itu namun cermin kereta itu yang terlalu gelap menafikan hasrat mereka berdua.

Tiba-tiba,seorang pemuda kacak tinggi lampai berkaca mata keluar dari kereta tersebut.Asmah dan Hakim kehairanan.Kemudian,cikgu Zila pula keluar.Tudungnya kini telah ditanggalkan.Rambutnya yang mencecah ke paras bahu itu menyerlahkan lagi keayuannya.Hazim terkejut.Seakan-akan dia pernah melihat wajah wanita di hadapannya itu.

“As,maafkan abang sekiranya apa yang akan abang katakan ini akan menyakitkan hati As…abang tahu abang bersalah…abang tak dapat tunaikan janji abang dulu…abang tewas dalam perasaan abang sendiri…semuanya berlaku di luar kehendak abang.”

“maafkan abang sekali lagi As….abang juga harap As tidak menyimpan dendam dan benci terhadap abang.Abang juga sayangkan As dan kalau boleh abang tak nak kehilangan As tapi takdir menentukan segalanya…abanglah jugak Ringgo yang saban malam menghantar mesej kepada As selama ini.”

“lupakanlahlah abang As…anggaplah apa yang berlaku selama ini adalah kenangan manis kita…abang bukan milik As….ini dia bakal isteri abang…Siti Nursuziela…”

Dalam kebingungan itu sempat juga Asmah melihat tanda nama yang ada di kemeja pemuda itu,jelas tertera ….DR. FITRI…sepantas itu juga air mata Asmah jatuh berguguran.Hatinya benar-benar pedih.Tidak tertahan lagi rasanya.Dunia ini terasa gelap baginya.