Bagaimana hari anda? Jangan masam-masam, jangan tarik muka memanjang, hari ini saya nak cerita  mengenai satu perkara. Cerita lagi. Ya, kali ini saya nak kongsi sedikit info tentang penyakit mudah lupa. Apa benda itu?

Pernah dengar penyakit dementia? Pernah dengar bukan? Apa, tak pernah dengar? Kasihannya…Ha,kalau sesiapa yang belum pernah dengar perkataan tu, dementia ini maknanya penyakit mudah lupa.

Ianya dicirikan dengan gangguan ingatan, hilang kebolehan untuk mengurus diri, gangguan dalam kebolehan mentaakul dan disorientasi serta yang sama waktu dengannya.

Pesakit juga akan mengalami gangguan tidur. Pesakit yang mengalami dementia ini kebanyakannya akan mengalami ciri-ciri di atas selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Kebanyakannya ia berlaku pada usia tua.

Suatu hari dalam perjalanan balik dari surau,Pak Mat singgah minum kat warung kopi Mak Leha. Dia pun duduklah di satu meja yang ada di dalam warung Mak Leha. Kawan-kawannya yang lain sibuk berborak tentang isu pilihanraya.

Tiba-tiba Pak Mat menjerit, “Mana cermin mata aku,alamak aku lupalah…tadi aku letak kat mana?” Semua yang ada kat warung mak Leha terpinga-pinga…”Ishhh…tak boleh jadi,ni mesti tertinggal kat surau masa aku ambil wudhuk tadi.”tambahnya lagi. Bersungguh benar lagaknya.

Apabila dia bangun sahaja daripada tempat duduknya untuk berpatah balik ke surau…mak Leha pun menjerit “Apahal lah Pak Mat ooi…yang awak dok pakai kat mata hang tu benda apa?” semua yang ada di situ ketawa terbahak-bahak…Pak Mat hanya menggaru-garu kepala….

Ceria selalu,semoga semua mendapat manfaat.