Apa itu obesiti?atau melayunya keobesan… Menurut istilah perubatan, obesity boleh ditafsirkan sebagai sebagai keadaan di mana lemak  berada secara berlebihan di dalam badan,lebih daripada yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga.

Apabila BMI(Basal Metabolic Rate) seseorang tu kurang daripada 25, ia dikira normal. Kalau lebih 25 dikira berat berlebihan(overweight),kalau lebih 30….ha, itu barulah dikira obesity. Macam mana hendak kira BMI?

ambil berat anda dalam kg, kemudian bahagikan dengan tinggi dalam meter kuasa dua.

Awak tau tak macam mana hendak elakkan daripada mendapat obesity ni?Emm…macam mana hendak kuruslah pendek ceritanya. Perkara paling penting sekali untuk mengurangkan berat badan ialah dengan mengawal pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Macam mana itu? Tak fahamlah.

Orang yang obesiti ni sebenarnya mereka mengambil kalori secara berlebihan daripada tenaga yang digunakan oleh badan kita. Jadi, kurangkanlah pengambilan kalori dalam makanan tu.Jangan hendak ikut nafsu sahaja semasa makan. Kemudian ,amalkan gaya hidup yang sihat itu maknanya lakukanlah exercise sikit. Tak banyak sedikit pun jadilah…jangan tak buat langsung.

Bukankah dengan melakukan senaman tu dapat menggunakan tenaga-tenaga di dalam badan kita ini? Justeru, rajin-rajinlah lakukan exercise sebab bila tenaga tu dah berlebihan di dalam badan anda semua, gemuklah jadinya nanti.

Habis yang orang makan ubat melangsingkan badan itu boleh pakai ke? Ha,dari segi perubatan kaedah macam itu memang boleh digunakan. Tapi hanya pada golongan yang tertentu sahaja. Siapa tu?

Ubat-ubat macam Phentermine dan Sibutramine memang boleh digunakan untuk mereka yang mempunyai BMI melebihi 30 atau kepada sesiapa yang dah lebih 6 bulan ubah gaya hidup mereka tapi masih tak kurus jugak.

Apa-apapun perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor-doktor dulu ya. Itu yang lebih utama.

Satu perkara lagi, tahukah anda bahawa satu pertiga rakyat Amerika dikategorikan obesiti atau mempunyai BMI melebihi 30?….. Ha, negara kita pula macam mana ya?