HARI ini sangmentari hendak cerita sedikit mengenai percutian selama 3 minggu di Malaysia.Macam-macam yang saya temui. Sambut  gong xi fat chai ke?…kalau orang orang cina tu memang sambut raya cina tapi kalau yang muka-muka melayu ni buat apa ya?Alah…biasalah…kalau sudah cuti, mesti ada saja yang mengambil kesempatan untuk bercuti ke mana-mana.

Saya tidak ke mana-mana pun… duduk rumah saja. Cuma adalah juga jalan-jalan di utara semenanjung. Tiga hari dua malam di Langkawi. Percutian keluargalah katakan. Maklumlah bila sudah ada di Malaysia ini, banyaklah program yang dibuat. Seronok rasanya.


Cuti kali ini juga menyedarkan saya bahawa negara kita sekarang ni memang heboh tentang kes-kes penculikan. Serasa macam tidak selamat  pula nak tinggal di negara sendiri.Kalau dulu kita digemparkan dengan kes Nurin Jazlin Jazimin yang diculik sebelum dibunuh dengan kejam. Sampai sekarang pembunuhnya masih bebas. Adakah ianya terhenti setakat itu?

Tak….. Lepas satu… satu… kali ni kita heboh pula dengan kes adik Sharlinie yang telah lebih sebulan hilang. Kita hendak salahkan siapa? Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Mak bapak? Jiran? Saya rasa sekarang bukanlah masanya untuk saling menuding jari sesama sendiri. Hakikatnya, kanak-kanak yang hilang tetap hilang… adik Sharlinie masih tidak ditemui.

Seharusnya sebagai masyarakat kita perlu peka kepada sekeliling. Kalau nampak anak-anak jiran yang jalan sorang-sorang… tengah-tengah malam lagi,nasihatkan mereka. Jangan nanti bila baca surat khabar,tengok tv tengok-tengok anak jiran kita sendiri yang hilang. Bila dah jadi macam tu, hendak salahkan siapa? Jangan salahkan saya ya…

Baiklah, jumpa lain kali… esok saya sudah hendak balik cairo… ceria selalu.