Salam ceria semua. Apa khabar adik, abang, kakak, pak cik, mak cik? Apa macam kakak yang yang sedang merajuk itu? Kenapa merajuk? Tiada yang hendak pujuk? Kasihannya….

Percayakah anda apabila saya kata orang merajuk ini sebenarnya minta dipujuk.

Kenapa? Tidak percaya? Ha, tanyalah orang-orang yang merajuk itu? Orang merajuk ni sebenarnya ada satu sebab saja. Apa ya?

Ha,tak lain tak bukan . Diorang nak mintak dipujuklah. Lagi-lagi kalau kawan-kawan kita yang sedang bercinta itu. Nak tahu tak? Bila merajuk masa sedang bercinta ini memang seronok. Mana tidaknya, bukankah nanti ada orang datang hendak pujuk. Wah, gembiranya hati..melonjak-lonjak. Sebab itu ada orang yang sengaja menarik muka lima puluh inchi supaya dapat rasa dikasihani, dapat rasa dikasihi, disayangi.

Ya lah. Merajuk ini memang pada yang sayang. Mana ada orang merajuk pada yang tak sayang. Sampai kiamat pun mamat itu tidak akan pujuk awak. Sebab itu lah adik-adik dan kakak-kakak yang merajuk ini, mereka merajuk kepada awak abang-abang, jejaka yang di luar sana. Justeru, anda yang macho itu janganlah buat-buat tidak faham. Pujuklah mereka. Orang merajuk ini  memang minta supaya dipujuk.

Hei, sakit tau bila tengah merajuk ni. Mana taknya muka kena masam,mulut muncung sedepa. Hendak senyum tak boleh. Ketawa apatah lagi. Semua kena simpan di dalam mulut. Bukankah seksa itu?Asyik nak tarik muka memanjang sampai nampak urat-urat muka.

Saya ini cakap bukannya saya ini tak pernah merajuk. Hendak merajuk? merajuk lah…tapi jangan lebih-lebih. Nanti lagi orang benci. Padan muka awak!

Jadi, kita nak buat apa pada kaum-kaum yang suka sangat merajuk ni ya? Kalau orang perempuan kita consider lah.Bukannya apa…..Orang perempuan ini bila dia merajuk tu kadang-kadang tu cun juga. Cute begitu….Kalau orang tu lelaki macamana Ezairy?

Ha,wahai sekalian manusia yang sekaum denganku ini yang mengaku dirinya lelaki yang tulen, tak usahlah hendak merajuk….buruk sangat-sangat muka tu.

Kenapa? Tak percaya? Nak marah kat saya ke? Nak marah pada saya buat apa? Kalau abang-abang tak percaya,bila sedang merajuk nanti cubalah pergi depan cermin dan tengok muka anda….hodoh benar rasanya….Jangan marah ya abang-abang semua..

Kalau awek anda merajuk…pergilah pujuk mereka. Sekurang-kurangnya berilah bunga.Kalau sedikit merajuknya bagi sekuntum pun tak mengapa.Tapi kalau berat sangat merajuknya,kenalah bagi sejambak dua.Tapi kalau tak jalan juga,bagi sahaja dengan pasu-pasunya sekali.

Buat apa nak beri bunga?Apa standard bunga? Ha,tahukah anda kenapa saya suruh bagi bunga pada kakak-kakak yang merajuk nih?Mengikut kajian,bunga ni mempunyai suatu daya yang mampu mengharmonikan suasana sekeliling serta kuasa ketenangan kepada semua manusia.

Kalau laki-laki pula yang merajuk macamana ya? Ha,kalau lelaki yang merajuk senang jer ubatnya…..Biarkan saja…Apa??? Ya cik adik dan kakak-kakak semua….Kalau ada lah boyfriend awak yang merajuk tu biarkan aja…mengada-ngada je tu. Orang merajuk ni kan nak mintak dibelai…Nak mintak didampingi…Nak diberi perhatian lah pendek ceritanya.

Tapi orang lelaki ni tak layan sangat bunga ni. Jadi, biarkan sahaja mereka semua. Apabila kita sudah tidak layan dia, kita tak perhatikan mereka dan kita biarkan sahaja dia sorang-sorang….lama-lama dia yang surrender….mana boleh tahan nak buat muka seposen memanjang!.

Kalau rasa nak sangat merajuk, merajuklah sana….tapi pesanan ikhlas daripada saya, jangan merajuk pada Aiman sebab Aiman tak kisah….