Apa khabar semua?Ceria kita?..Janganlah monyok dan muncung ja.Apsal? Merajuk pada awek?Awek merajuk?

Ada seorang awek, dia kecek macam-macamlah kepada saya ini. Rupa-rupanya dia ialah minah yang sudah lama sangat saya tak jumpa. Lama saya cari dia dan sekarang baru jumpa balik. Kecil-kecil dulu ada juga emak ayah saya bawa pergi rumah dia. Memang cantik dan bersih rumahnya.Macam orangnya gak.Cun gitu….Kenapa?tak percaya?

Hendak dijadikan cerita, saya sekarang pun sudah tidak tentu arah dah ni. Fasal lain tak mengapa, tapi kalau bab-bab macam ini yang rasanya kalau disuruh apa pun rasanya boleh saja hendak dibuat.

Kerana cinta lautan api sanggup diredah, gunung tinggi sanggup didaki dan blablablaah. Setiap malam saya call dia. Kadang-kadang itu kalau tarsedar pukul 3 atau 4 pagi,otak ni terus je nak pi jumpa dia.

Agak-agaknya kenapa manusia begitu lemah sekali bila berhadapan dengan situasi-situasi macam ni ya? Itu lah Ezairy, tahu cakap kepada orang.Tahu nak nasihat pada kawan-kawan lain, bila dah kena pada batang hidung sendiri baru tahu!!Ha ah,baru sekarang ni saya tahu betapa hebatnya cabaran kat dunia ni. Hei,saya ni pun manusia gak.Banyak kekurangannya,banyak buat salah. Banyak dosa…….

Tapi,dia ni lain macam sikit…Bila saya jumpa dia,hati ni terasa sejuk je.Yalah,tengah bercinta kan.Setiap kali dia call,rasa nak terangkat je badan nie..Ahhh……apa dah jadi kat aku ni!

Ha, sambung lagi pasal cerita kita tadi.Pasal apa ya?Pasal dia tulah…Hmm..Saya pun sebenarnya tak pernah jumpa dia ni.Selalu call je.Tapi selalunya dia la yang call saya dulu.Yalah,mamat ni kan hensem,macho,cool….sape yang tak terpikat…jangan marah.

Eh, kadang-kadang tu bila tengah marah-marah, dia call. Tiba-tiba sahaja hati ini jadi tenang sangat. Wah.. power giler minah ini.Hebatnya dia nih!!!Anda semua nak tahu tak sape dia ni???Segan la pula nak bagi announcement kat semua orang ni.Bukan per, nanti ada lak yang jeles kat saya. Yalah saya ni pun bukan gheti sangat pasal bab-bab macam ni.Ni lah pengalaman pertama dalam hidup.

Saya rasa saya dah dapat cinta yang hakiki dah ni.Cewahhhh…….Perasaan yang seharusnya ada pada setiap insan yang bergelar manusia.Kenapa?Tak setuju saya cakap?Betul per…Tuhan kasi kita hati dan perasaan.Kenapa tak nak manfaatkan.Bukankah salah satu tanda-tanda orang mukmin itu ialah berkasih sayang antara satu sama lain.Betul tak?

Alamakkk!!!Ada orang call plak…..Jap ya…..Ahhhh!!!Dia la yang call saya…..OOhhh!!…Mysweet heart…………Engkaulah sebenarnya kekasih hakiki bagiku Ya Allah.

Allahu Akbarullahu Akbar………….. Allahu Akbarullahu Akbar………(‘DIA’ yang saya maksudkan tu ialah Tuhan Pencipta alam semesta ni….pemberi petunjuk ketika kegelapan…penunjuk sinar ketika kelam)

Ya Allah,…..Sesungguhnya tidak pernah hati ini kurasakan setenang seperti saat ini…..Setelah lama kumencari sinar hidayahmu…Kini Kau hadir membawa seribu satu kesyukuran ke atas hambamu ini…Tempatkanlah diriku bersama mereka yang sentiasa di sisimu…Ampunilah segala kesilapan dan keterlanjuran ku…Hanya keredaan dan CintaMu kutagih….Amin Ya Rabbal Alamin…….

(DIALAH KEKASIH SEBENAR KITA…..SEBELUM MENCINTAI YANG LAIN,CINTAILAH DULU 4 PERKARA….ALLAH…RASULULLAH….IBU AYAH….ILMU….)