Assalamualaikum para pembaca semua.Apa khabar?Diharapkan agar anda semua berada di dalam keadaan sihat hendaknya dan di bawah lindungan Allah.Pernahkah anda mendengar kisah penderitaan dan keperitan saudara kita di Darfur?Apa itu Darfur?Apa masalahnya?Tak pernah tahu pun sebelum ini…

   Ha,hari ini saya ingin berkongsi pengalaman yang saya kutip semasa mengikuti misi bantuan kemanusiaan dan perubatan 15-25 Disember tempoh hari bersama Dewan Pemuda Masjid Malaysia dan TV3.

masih bersama mereka...

   Kenapa perlu pergi ke sana?Itulah soalan yang sering dilontar dan diajukan kepada saya setiap kali saya membicarakan hal ini.Sebagai muslim,saya rasa begitu terpanggil untuk menolong sahabat dan saudara kita walau di mana jua berada.Anda bagaimana?Sudah tentu sensitiviti anda lebih tersentuh apabila saya katakan bahawa majoriti penduduk di wilayah Darfur adalah beragama Islam.

    Namun,apakah mereka mampu untuk mengamalkan gaya hidup dan pengamalan Islam dengan berkesan?Persoalan in sering timbul di benak fikiran semua pihak yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Darfur.Apa tidaknya,dengan hidup yang penuh dengan kedaifan,makan minum pun tidak cukup,tempat tinggal yang tidak menentu,tinggal di khemah-khemah pelarian lagi.Apakah mungkin mereka mampu mengamalkan budaya hidup seorang Islam yang sempurna?

   Memang tidak dapat dinafikan,Kehidupan para sahabat dahulu mungkin lebih dahsyat atau lebih teruk berbanding dengan kawan-kawan kita yang berada di Darfur ini.Tapi apa yang perlu dibincangkan di sini ialah di manakah bantuan-bantuan kemanusiaan yang datang dari negara-negara Islam?Di mana Arab Saudi?Dimana Mesir?Di mana negara-negara teluk yang lain?

   Dengan jumlah keseluruhan bantuan kemanusiaan yang hadir sebanyak 42 badan NGO,hanya 4 badan sahaja datangnya dari negara-negara Islam.Salah satunya adalah Malaysia.Namun,apakah sudah cukup kita  berbangga dengan penglibatan negara kita sahaja.Haruskah kita membiarkan barat terus datang dan mengindokrinasikan seluruh masyarakat di bumi Darfur?Patutkah kita hanya berdiam diri dan membiarkan seluruh sahabat kita di bumi Darfur terus-menerus mengharapkan belas ikhsan daripada Amerika?daripada Jerman?daripada Australia?

   Jelasnya penduduk di Darfur memang memerlukan bantuan.Mereka perlu diberi perhatian.Setiap denyutan nadi mereka perlu kita rasai bersama.Mereka mahu kita bersama dengan mereka dan bukan sekadar hanya punya rasa kasihan sahaja.Itu tidak cukup.

antara senyum dan tawamu...

   Sepanjang kehadiran saya bersama 5 rakan saya yang lain di sana turut menyedarkan kami bahawa hidup di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata dan bukannya untuk dimegahkan.Di kala kita masih boleh merasa pelbagai nikmat di bumi bertuah kita Malaysia,masih ramai lagi di kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia yang masih memerlukan pembelaan.

    Ayuh,kita sama-sama bantu.Kita berganding bahu hulurkan seberapa banyak pertolongan yang kita mampu kepada “Tabung dapur untuk Darfur”.Darfur sentiasa menanti kehadiran anda…….Anda bagaimana???