Tiga elemen pembersihan hati untuk terus sukses


Kenapa saya suka menaip artikel tentang pembersihan diri?Mengapa saya gemar menyebut tentang unsur-unsur penyucian jiwa? Sebab dengan bersihnya hati, maka akan berkat segala kerja dan tindakan yang kita lakukan. Kerja-kerja yang kita lakukan tidak akan sempurna andai tidak ada unsur-unsur pembersihan hati.

Dalam apa-apa pun kerja yang kita lakukan, cuba terapkan elemen-elemen pembersihan hati dalam tindakan kita itu. Pasti berkat, mesti sempurna setiap tindakan yang dilaksanakan.

Tiga cara bagaimana untuk menjaga hati supaya sentiasa bersih dalam setiap tindakan yang kita lakukan.

  1. Cuba ikhlaskan hati dalam  setiap tindakan. Orang yang ikhlas dalam setiap kerja biasanya tidak akan mengatakan yang dia ini jujur. ” Aku ni ikhlas nak tolong kau,”… ” Aku jujur nak buat semua kerja-kerja amal ni..” .. Hanya ALLAH yang berhak untuk menentukan sejauh mana ikhlasnya kita dalam tindakan. Ikhlaskanlah dalam setiap kerja, jangan mengharap apa-apa balasan. Ganjaran ALLAH pasti lebih besar menanti.
  2. Amalkan zikrullah walau di mana pun berada. Perkara ini sering saya lakukan di tempat-tempat kerja. Semasa di Mesir dulu, budaya ini sangat sering dilaksanakan oleh  masyarakat di sana. Saya suka dengan budaya memperingati ALLAH ini dilakukan di mana-mana pun sahaja berada. Tidak perlu dilafaz dan dizahir. Cukup sekadar ianya terlintas di hati. Lazimkanlah ianya di mana pun kita berada. Saya percaya, setiap tindakan anda akan lebih tenang, lebih mudah dan pasti lebih lancar hendaknya.
  3. Sentiasa bersangka baik. Jangan ada sekelumit pun sifat prasangka sesama manusia. Sedikit pun jangan. Perasaan sangka buruk ini hanya akan mengotorkan jiwa, menghitamkan hati-hati anda. Sentiasalah bersangka yang baik-baik pada jiran, pada teman dan pada sesiapa pun yang kita temui. InsyaALLAH, hati kita akan sentiasa suci, tenang dan bersih.
About these ads

2 Responses to Tiga elemen pembersihan hati untuk terus sukses

  1. sabariah berkata:

    terima kasih akan diikuti segala nasihat tuan

  2. Stevani berkata:

    saya setuju sob..
    lakukanlah setiap pekerjaan kita dengan iklas dan tulus..
    terima kasih sob, dari artikel ini saya banyak belajar bagaimana nila-nilai kehidupan yang diperlukan dalam menjalani hidup ini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,931 other followers

%d bloggers like this: