Petua tangani stress hidup


ALLAH itu Maha Kaya. IA menjadikan setiap daripada hasil di bumi ini untuk kita nikmati, teladani dan hayatinya. Pernahkah anda terfikir seperti itu?

Saya sering melalui detik-detik dan hari-hari yang amat mendukacitakan di dalam hidup. Saya yakin anda juga pernah melalui saat-saat seperti ini. Namun, selagi mana kita mampu untuk menangani setiap permasalahan di dalam hidup ini dengan bijak, saya percaya, rasa bosan, tidak bersemangat, tiada motivasi di dalam hidup bukanlah suatu masalah yang besar di dalam hidup.

Hari saya berikan anda 3 petua berguna untuk kita menjana lebih kekuatan dalaman agar kita menjadi manusia yang lebih gagah, perkasa dan yakin dalam melalui setiap arus cabaran kehidupan

1. Kaji semula matlamat utama kehidupan anda.

Pernahkah anda mengkaji, membuat penelitian semula akan apa matlamat sebenarnya anda hidup di muka bumi ini? Ya, setiap daripada kita pasti mempunyai matlamat tersendiri di dalam hidup. Mungkin ada di antara anda yang pernah memasang impian untuk bergelar manusia berjaya  ketika zaman belajar di persekolahan.

Ada juga yang sering mamahat angan untuk menjadi seorang juruterbang, peguam atau doctor  hebat tatkata kecil-kecil dahulu. Tidak kurang, ada juga yang mungkin sering bermimpi-mimpi untuk menjadi seorang isteri dan suri rumah yang terbaik buat suaminya kelak. Betul?

Justeru, bila anda kian lemah dan merasakan tidak bersemangat di dalam hidup, cuba ingat semula matlamat ada sewaktu kecil-kecil dahulu. Saya percaya setiap daripada anda pasti pernah memasang apa-apa angan suatu masa dahulu? Realisasikanlah ianya sekarang. Anda berhak untuk mencapai kesemua matlamat itu.

Hidup hanya sekali saja, dik. Gunakanlah ia sebaiknya. Tuhan mahukan yang terbaik daripada setiap hambanya. Pastikanlah yang terbaik itu adalah kita.

2. Kegagalan adalah suatu proses kehidupan

Tahukah anda bahawa setiap kegagalan yang anda pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses-proses kehidupan? Ya, jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal kehidupan kepada anda, mereka dan saya sendiri untuk kita menjadi seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya!

Justeru kita tida boleh sama sekali merasa keluh, kesah, dan kecewa, akan segala kegagalan yang berlaku kepada kita. Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah normal, dik. Semua orang pernah merasakan kegagalan di dalam hidup. Namun selepas itu mereka mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang manusia yang benar-benar hebat dan berjaya.

Percayalah, pada setiap kejatuhan itu, pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri kita.

3. Kita adalah makhluk terbaik ciptaan ALLAH.

Anda tidak boleh merasakan yang anda telah gagal atau adalah manusia yang tidak berguna di atas muka bumi ini setelah anda mengalami apa-apa juga bentuk kegagalan di dalam hidup. Kita ini adalah makhluk ciptaan terbaik daripada Yang Maha Esa. Jadi, kita jugalah yang mesti dan wajib membuktikan bahawa kita sememangnya benar-benar berhak untuk menjadi makhluk terbaik daripada ALLAH.

Jangan rasa sedih, tak usah bermuram muka, jangan sekali-kali merasa jatuh, sebab anda sememangnya makhluk terpilih. DIA menghadiahkan setiap ujian itu kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Anda perlu tahu bahawa anda adalah makhluk yang DIA pilih kerana andalah yang dirasakan berhak untuk mendapat ujian tersebut.

ALLAH tidak menghadirkan ujian kepada hamba-hambanya yang tidak layak untuk mendapat ujian tersebut. Setiap ujian, dugaan dan cabaran adalah untuk hambanya yang dirasakan berhak dan mampu untk menanganinya.

Maka, hadapilah dengan tabah, kuat, tegar dan cekal. Yakinlah bahawa anda merupakan makhluk yang terbaik untuk menerima setiap ujian daripada ALLAH.

About these ads

6 Responses to Petua tangani stress hidup

  1. lovekyu kpop berkata:

    saya seorng pelajar sbp ’2nd intake’..sjk msuk sklh sbp,saye hilang keyakinan diri dn sering rase ‘nervous’ klau ckp kt dpn org ramai..saye cube nk brkawan namun,saye rase sgt trsisih sbb saye takde kwn…hari2 saye menangis bila tgh2 mlm..saye rase ‘HOMESICK’ yg tramat sgt…saye dh cube beri slm dn senyum wlaupn kpd pljr2 yg saye tk knl..tp mereka akn bls dgn dingin @ buat bodoh je…YA ALLAH,JIKA INI UJIAN UNTUKKU TABAHKNLAH HATIKU…T-T

    • Wan Nadiah berkata:

      assalam…adik lovekyu kpop,,, :) tahniah kerana dpt msuk sbp. dulu, akk sklh asrama jgk. perasaan tu sbnrnya biasa….anggaplah semua tu satu proses kehidupan ok? :) kite kena positif ok!! akk rasa mcm berminat untuk share smthing dgn awk…if u interested, u can emel me

  2. Nurliana Kecik berkata:

    Salam.. N hey there..
    Hmmm… Kamu kne sentiase besabar..
    Sye ni kat sbp sye,, kne ignore jgak…
    Ohye,,lpe plak.. Sye f5 thn ni :-)
    Thn lps,, yg backup sye batch ats sye je…
    Thn ni?? Xd.. Xd spe nk backup..
    Even batch sendri ignore sye..
    Hmmm.. Camni la..
    Sye sarankn awk ignore je dyorg blk..
    Mksdnye,,troskn bg salam,,senyum…
    Tp law dyorg ignore,,ignore kn je blk…
    Awk pk org2 laen cam mak ayah,,kgkwn lme…
    Sume mesti support awk tok troskn study kat sbp…
    Bkn ape,,peluang nk msk U cerah :-)
    Pape hal laen,,cntct je sye..
    Okayy :-)

  3. raby berkata:

    saya pun pernah alami yg penting ingt allah, doa solt ,mak ayah & ade kwn yg dlu support, tu bru kt skolah, kt u mcm ag perangai manusia ,,,

  4. PKP sbp berkata:

    JIKA ANDA TINGKATAN 4 NAK MASUK SBP, MASUK SBP YANG BERMULA DENGAN TINGKATAN 4 SEPERTI SASER, AXIS, SESTER, KISAS DAN LAIN-LAIN.

    Kenapa? Well, aku nak cerita sikit pengalaman aku sebagai pelajar baru tingkatan empat di sbp yang sejak dari awal ada pelajar tingkatan satu hingga lima. Bila aku masuk sebagai pelajar baru tingkatan empat mmg rasa dipulau oleh rakan-rakan tingkatan empat yang lain. Mereka ada semangat batch/kumpulan tingkatan 4 yg tinggi. Mcm assabiah lah. Pelajar baru mcm aku ni digelar form 1 dan bila naik form5 digelar form 2. Sebab pelajar baru time tu baru masuk sekolah time form 4 setahun dan form 5 baru 2 tahun. Nampak x ? Sakit hati x ? bodoh kan diorang!
    Aku merupakan top student kat sekolah sbp tu. Well, ramai lah x puas hati lebih2 lagi bila cikgu lantik aku jadi penolong ketua pelajar(pkp). Dioarang kata form2 mana layak jadi pkp. Well,mmg stress la. Rasa dipulau, tugas aku sebagai pkp pun mcm x de apa2 pun. X jadi pun sama je.
    So, jgn lah masuk sbp yg ada pelajar ting1-ting5. Masuklah sbp yg ada form 4 dan form5 je. Mereka lebih open-minded dan bersemangat utk belajar kerana mereka baru masuk masa tingkatan 4 berbanding mereka yg masuk dari tingkatan 1. Sbb tu sekolah SASER gempak dan MRSM langkawi pun boleh tahan.
    So, ikutlah nasihat aku ni.

    By,
    Budak sbp . Batch 2011

    • code_red berkata:

      ASiS (Alam Shah Science School), bukan AXIS.

      Betul, masuk SBP yg start ngan form 4 ader a few advantages. Yg terpilih semua at least 8As masa PMR, semua pelajar Form 4 are equal since semua adalah pelajar baru, sekolah boleh concentrate satu jenis peperiksaan jer – SPM. Kena pula SBP tu single sex mcm SASER and ASiS bagi lelaki, just look at their latest SPM 2012 rankings, mmg top. Just my opinion, tq

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 10,718 other followers

%d bloggers like this: