Ujian hanyalah penguat jiwa


Kesusahan dan kepayahan yang dilalui dalam hidup adalah lumrah. Setiap daripada kita pasti melaluinya. Tidak ada sesiapa pun yang berani untuk mengatakan bahawa mereka tidak pernah berdepan dengan kesukaran di dalam hidup.

Anda, saya mahu pun sesiapa yang bergelar manusia wajib untuk menempuh dengan beribu gulungan ombak bahtera kehidupan. Kadangkala kita terolang ke kanan, terkadang teraling pula ke kiri. Dan natijahnya, adakah kita kuat untuk melalui kesemuanya itu? Tepuk dada tanyalah hati anda.

Ya, kita yang hidup ini perlu meneruskan hidup. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Yang hidup perlu teruskan misinya. Yang sudah berlalu maka biarkanlah ia pergi , usah dikenang lagi. Ungkapan seperti ini sepertinya sudah menjadi kelaziman kepada dunia kita pada hari ini. Dan saya amat sukakan kalimat seperti ini.

Barang yang lepas usah dikenang. Betul? Tuan, puan, abang, kakak dan adik-adik semua… hidup kita ini sememangnya medan ujian untuk menguji sejauh mana kekuatan kita. Adakah kita ini benar-benar kuat, atau adakah kita ini sekadar pelengkap kejadian manusia di muka bumi ini.

Bukankah Tuhan juga ada menyebut di dalam  kitab sucinya, kita ini sebagai manusia adalah sebaik-baik ciptaan kejadian. Disuruh untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jadi, perlukah untuk kita mencari bukti-bukti lain untuk menjelaskan bahawa kita ini benar-benar ciptaan yang terbaik daripada Maha Pencipta?

Dan apabila kita telah sedia maklum bahawa kitalah sebaik-baik ciptaannya, maka itu kita mesi tunjukkan bahawa kita ini memang berhak untuk dikatakan sebaik-baik makhluk dan kejadian..

Ya, bersedih itu tidak salah, tetapi berlebih-lebih di atas kesedihan, itu yang salahnya. Jadi, tunjukkan kepada dunia, buktikan kepada semua bahawa kitalah sebaik-baik ummat. Kitalah yang berhak untuk menjadi pewaris ummat Muhhamd SAW.

Apa guna memandang cantiknya pakaian orang, kalau pakaian sendiri pun tidak pernah dilihat, sesekali itu lihatlah lebihnya apa ada pada diri kita, mungkin disitu terselit seribu kecantikan yang tidak pernah kita terjangka.

Kita ini hebat, kita juga sebenarnya mampu untuk mendepani setiap ujian daripada DIA, jadi mengapa mesti mudah mengalah, percayalah pada diri sendiri, anda pasti berjaya.

About these ads

4 Responses to Ujian hanyalah penguat jiwa

  1. ain berkata:

    “Apa guna memandang cantiknya pakaian orang, kalau pakaian sendiri pun tidak pernah dilihat, sesekali itu lihatlah lebihnya apa ada pada diri kita, mungkin disitu terselit seribu kecantikan yang tidak pernah kita terjangka.”-sgt suke ayat ni…setiap benda ada kecantikan sendiri.indahnye ciptaan Tuhan..sesuatu yg dicipta berbeza keistimewaannya..Alhamdulillah..

  2. :) ya..saya da jumpa jawapannya..

  3. Ireyna Carissa berkata:

    Indah sgt..mohon share yew..

  4. elvi mulyani berkata:

    gmana kita harus kuat menghadapi masalah yg mana suami yg sdh nikahin 5thn ternyata mencintai wanita laen.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 10,718 other followers

%d bloggers like this: