Nak tahu khasiat buah anggur?


MARI kita cerita-cerita tentang buah anggur. Dah lama tak sembang tentang khasiat buah-buah ni. Di Mesir, ketika ini memang merupakan kemuncak bagi musim buah anggur, jadi rasanya elok saya kongsikan segala khasiat yang terkandung di dalam buah anggur ini.

  1. Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.
  2. Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.
  3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.
  4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).
  5. Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.
  6. Alzheimer Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya  membantu kesihatan otak manusia.
  7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
  8. Risiko kanser Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.
About these ads

10 Responses to Nak tahu khasiat buah anggur?

  1. airin berkata:

    Bagaiman dgn kismis??adakah khasiatnya sama atau lebih kurang sama dgn anggur?

    • Ezairy M. Sallih berkata:

      Assalamualaikum Airin,

      Kismis seperti mana yang kita tahu merupakan anggur yang telah dikeringkan, juga mempunyai khasiat yang hampir sama dengan anggur.

      Kismis kaya dengan phytonutrient yang disebut juga sebagai oleanolic acid membantu kesihatan dalam dalam mulut, gusi dan gigi.

      Ia juga kaya dengan zat besi yang merupakan bahan penting dalam hemoglobin sel darah merah sebagai pengangkut gas oksigen ke seluruh sistem tubuh.

      Selain itu, kismis juga merupakan sejenis fiber dan kaya dengan tartaric yang penting dalam sistem penghadaman manusia. Makanan yang kaya dengan fiber juga amat penting bagi mengelakkan kanser usus.

  2. zehann berkata:

    salam.
    klu kita ada sakit gasterik elok tak klu kita makan buah anggur?
    atau ada suggestion lain yg bolh d beri. terima kasih

  3. ezamel berkata:

    T.kasih ya kerana sudi berkongsi…

  4. J'fer berkata:

    Jika makan anggur berlebihan (mungkit makan tiap-tiap hari), boleh kah ianya menaikan kandungan gula dalam darah..?

  5. liyana berkata:

    assalamualaikum…
    klau kita mkn buah anggur ni tiap2 hari sma x khasiatnya dengan kita mkn kismis tiap2 hari..

  6. Kyla berkata:

    Boleh ka kismis di makan begitu sahaja atau ada cara / sukatan yg perlu diikuti..? Apa yg akan terjadi jika terlebih makan?
    Terima kasih.

  7. fitri berkata:

    Buah anggur baik Ga ya buat Ibu Hamil?

  8. If some one desires expert view concerning blogging and site-building after that i suggest him/her to
    go to see this website, Keep up the good work.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 10,718 other followers

%d bloggers like this: