Tip belajar – macam mana nak hilang mengantuk masa study?


HARI ini saya ingin menjawab soalan seorang pelajar kepada saya. Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ketika study?

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama anda.

Selamat berjaya.

About these ads

42 Responses to Tip belajar – macam mana nak hilang mengantuk masa study?

  1. Bawang Goreng berkata:

    Cubalah sabun tahan mengantuk….

    Muahahaha… Aisey… promote la pulak…

  2. abd halim berkata:

    betul2…sekadar lalu..semua faktor di atas betul…faktor kawan2 dan fasiliti juga org2 sekeliling amat membantu.

  3. ali berkata:

    sy bersetuju dgn sgala tips tsebut.sy hrp segala motivasi dpt djadikan panduan pd anda semua..sy suka dgn kata2 yg brbunyi belajar berjam2 x guna jika kita rs mengantuk brbnding dgn org yg blajar sejam sahaja..sy lihat rmai dkalangan pelajar yg snggup tak tidur malam semata-mata study untuk exm keesokan harinya dan tak blh jawab exm krn rasa mengantuk.padahal study sikit-demi sedikit adalah lbih baik daripada study last minit..

  4. cutygurlz berkata:

    i never sleep after i had my sahur because that time is very effektif and more focus at that time….

  5. farah berkata:

    ya Allah..ni lahh masalh utama student cm saya.hahahha.thanx a lot:)

  6. kasih101208 berkata:

    sabun tahan mengantuk tu berkesan ke? huhuhu

  7. bieru berkata:

    baah,,x3

  8. anum berkata:

    sy bdk ostel..
    mmg law kat kelas tu,,
    sehari tak tidur xsah,,
    kadang2 tesenguk2..
    susa nk belaja..
    taun niy..
    spm..
    sy tanak gagal..

  9. AB berkata:

    Assalamualaikum…
    terima kasih banyak dengan tips di atas..saya sangat hargai dan amat percaya jika kita semua turut dan faham dengan teliti tips tersebut, kita akan berjaya dengan cemerlang insyAllah.

    Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pelajar luar kampus.
    Ringkaskan cerita, memang saya tanamkan pada diri saya dan beriktizam untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Dengan masa yang sangat terhad, saya gunakan masa terluang sehabis baik. saya cuba kurangkan perkara-perkara yang ‘distraction’ semasa belajar.

    Usaha adalah satu perkara yang dintuntut oleh Islam sebelum bertawakal.
    Saya ringkaskan lagi, alhamdulillah saya mendapat 3 semester berturut-turut anugerah dekan dan sekarang saya ‘struggle’ untuk semester ke-4.
    Sebenarnya, saya banyakkan berdoa dan membuat solat hajat. Alhamdulillah, kepercayaan saya amat kuat beserta kesungguhan, dan hasilnya amat memberangsangkan. Syukur kepada Allah.
    Selain i
    tu, saya juga berniat ‘nazar’ selepas exam. Buat masa ini, semuanya berhasil seperti yang dihajati.

    Maafkan saya, mungkin cerita saya ini terlalu ringkas untuk difahami, Mungkin saya boleh tulis lagi dilain hari.
    Saya amat suka membaca tip-tip motivasi, dan terpanggil untuk memberi komen dan berkongsi cerita pendek.

    Sekian, wassalam,

    • ILAH berkata:

      saya suka cara awk..ape lagi yg awk buat?motivasi sy slalu up n down n sy susah nk faham,ingt ape yg sy blajar..sy rs ada ssuatu xkena..

    • annisa berkata:

      assalamualaikum..:)

      alhamdulillah.. syukran atas perkongsian anda.. memberi smgt! tp, yg sy ketahui, dlm islam, kita perlu tawakal dulu sblm mula belajar.., kemudian baru usaha, ikhtiar dan twkl kembali.. kerana ilmu yg kita usaha utk pham, ingt dan belajar tu adalah milik Allah. jadi kita perlulah tawakal pada Allah supaya apa yg akan kita belajar dan ulgkaji akan sentiasa diingati dan mudah difahami. insyaAllah study akan lebih berkat. cth: apabila exam, ditakdirkan Allah kita lupa apa yg kita belajar. padahal kita dah baca n ingt dah td. mungkin kita terlalu yakin dgn apa yg kita bc dan lupa ilmu itu hnya pinjaman shja. .tp kalo kita tawakal pada Allah sbom blajar, bila kita x dpt jwb exam pun, hati kita akan mudah redha dgn ketentuanNya. kerana kita sudah twkl pada mulanya.dan kerana kita sedar bhwa ilmu tu milik Allah dan Dia boleh pinjamkan n ambil dari kita pada bila2 masa shj. jadi tawakal itu penting sblom belajar. berserah segalanya pada Allah.. bittawfeeq… wAllahua’lam:)

  10. zalisna berkata:

    Assalamualaikum,
    Izinkan saya menyalin artikel ini untuk disebarkan kepada pelajar di sekolah.
    Terima kasih.

  11. Aishahmanan berkata:

    thnks bagi maklumat,, ia sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk terus gigih belajar :))

  12. Aishahmanan berkata:

    saya mohon untuk share di fb ya.. :) harap diberi izin

  13. aminah ibrahim berkata:

    saya sokong dengan kenyataan di atas..tp,bgaimana pula bagi pelajar asrama??saya pelajr tingkatan lima dan duduk asrama. di asrama,memng cukup sinonim dengan masalah ngantok 2…mungkin faktor letih kerana jadual di asrama padat..& kami terpaksa berjga malam untuk study or wat homework yang tak sempat siap…setiap hari di sekolah pasti saya akan ngantuk n tak bermaya…bagaimana ya nak hilangkan rasa ngantok dan letih ni?dah macam2 usaha saya lakukan..dan kalo berhasil pun..hanya sementara…selepas itu,rebah balik..boleh tak bantu saya tok tangani masalah ngantok dan strees sy?terima kasih..

  14. Cikgu Diana berkata:

    Salam. Tips yang sangat berguna. Saya memohon izin untuk kongsi entri ini di dalam blog. Terima kasih banyak atas perkongsian.

  15. abdullah a.m berkata:

    mohon share tips ini…

  16. nanda berkata:

    huch….prpun njeh. klo qok mlz sngts.
    klo nku pngn pntr tpi nku krng smngat.
    mgi” wntenne tips niku klo sngts smngat lan mngkat nlai kulo.
    amin…….
    nanda always together 4ever.

  17. dauskoyok berkata:

    even simple but effective..:D i like sabunnn!!! lol

  18. messi berkata:

    Hahahahahahhahaha betul ka

  19. wanted berkata:

    tu kalau mse belajar.tp,kalau mngadap komputer??mcm mane ye?

  20. Putih-Putih Melati berkata:

    mengantuuukkkkkkkkkkkkkk (doing an assignment in the library, comfortable soft chaiirrr and cool aircond)

  21. fathin farisha berkata:

    knapa masa matematik saya asyik ngantok je?? sejarah pn sama. .sya thun nie pmr .. adoe! bingong :( mcm mna nk fokus dlm dua mta pelajaran 2. .sya asyik down je marka dua subjek 2. .

  22. noraini noni berkata:

    bagus tul tip ni…….aq sokong tul……harap2 ngantuk aq hilang

  23. nazirul berkata:

    assalamualaikum. mntk izin utk dicopy articel ini.

  24. liza berkata:

    bagus,teruskn bermotivasi

  25. Hmm it looks like your site ate my first comment (it was extremely long) so I guess I’ll just sum it up what I submitted and say, I’m
    thoroughly enjoying your blog. I too am an aspiring blog writer but I’m still new to the
    whole thing. Do you have any recommendations for newbie blog writers?
    I’d really appreciate it.

  26. A person essentially help to make critically articles I would state.
    This is the very first time I frequented your web
    page and to this point? I amazed with the analysis you made
    to make this particular publish extraordinary. Great job.

  27. Www.Youtube.com berkata:

    whoah this blog is excellent i love reading your
    posts. Keep up the great work! You realize, a lot of individuals are looking around for this info,
    you could help them greatly.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 13,585 other followers

%d bloggers like this: