Tips kesihatan – 8 rahsia bawang putih?


APAPUN masakan kalau anda tak letak bawang putih, selalunya tak sedap. Betul? Anda yang memasak mesti selalu menggunakan bahan ini dalam masakan-masakan anda. Jadi, elok rasanya saya kongsikan rahsia-rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni. Banyak sebenarnya khasiatnya.

1. Mengurangkan risiko strok.

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

JADI pembaca semua, mari kita gunakan segala khasiat dan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Ramai yang masih tak sedar akan kelebihannya selama ini. Semoga anda semua mendapat manfaat.

About these ads

15 Responses to Tips kesihatan – 8 rahsia bawang putih?

  1. ady berkata:

    amat begitu menarik segsla maklumat yg berguna kpd orang yg bermasalah serpeti saya.

  2. diana berkata:

    Tak heran lah bawang putih baunya tak berapa disukai ramai namun rupanya mempunyai khasiat dan kehebatan tersendiri. Lepas ni mesti campurkan bawang putih dalam masakan.

  3. M saifullah berkata:

    Saya akan makan 10 biji bawang putih sehari

  4. Ism. berkata:

    Jika tak suka dengan bawang putih mentah, hiriskan bawang putih sekeping sekeping dan goreng. Lepas itu camporkan dengan kacang goreng. Tak secara langsong, anda dapat dua khasiat zat makanan untuk teros tidak sakit kecuali m a t i !

    Lagi pula, bawang putih tidak di galakkan untuk mengambil nya secara mentah.

  5. min berkata:

    saya suka makan bawang putih goreng yang dihiris + bilis goreng + cili .makan dgn nasi panas pn dh sedap.

  6. sallylo berkata:

    saya sukan mkn bawang putih .saya kan orang cina

  7. Arman Ahmad berkata:

    ada bukti klinikal ke??

  8. nurhelissa berkata:

    Bagaimana dengan jeruk bawang putih….masih ada lagikah khasiatnya…minta penjelasan.TQ.

  9. wan berkata:

    mana bukti nya bawang putih ade diceritakan dalam al quran.. saya nak tahu yg tu jew..

  10. Howdy! This post could not be written any better!
    Reading through this article reminds me of my previous roommate!
    He constantly kept talking about this. I’ll forward this article to him. Pretty sure he’ll have a good read.
    Thanks for sharing!

  11. Rifqi berkata:

    untuk terapi penyakit stroke dan menurunkan kolesterol yang tinggi, sangat ampuh bawang ptutih, sangat direkomendasikan sebagai obat tradisional yang aman

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 10,719 other followers

%d bloggers like this: