Apa Punca Rambut Beruban?


 

RAMBUT yang beruban adalah salah satu proses normal bagi seseorang manusia. Tiada sesiapa pun yang boleh menyangkal fakta ini.

Sesetengah orang akan mengalami keadaan ini pada usia yang meningkat tua, bagi sesetengah yang lain pula mendapati rambut mereka beruban pada usia yang awal. Mengapa boleh berlaku begitu? Apa sebenarnya yang mempengaruhi warna rambut dan apa pula yang menyebabkan rambut kita cepat beruban?

Jawapan bagi persoalan ini adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti genetik, kekurangan nutrisi dan juga faktor usia.

Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology yang dibentangkan pada tahun  2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!

Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi warna rambut:

  1. Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.
  2. Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.
  3. Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.
  4. Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey  pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban!

 Justeru saudara-saudara sekalian, sekiranya anda mengalami masalah rambut beruban lebih awal daripada usia sepatutnya, maka dinasihatkan supaya segera mendapatkan nasihat doktor.

Salam ceria!

 

About these ads

11 Responses to Apa Punca Rambut Beruban?

  1. sasa berkata:

    saya sasa kini berusia 15 thun…sya di tumbuhi rambut beuban ketika berumur 13thun..tpi kini ia semkin bertambah dan ketara..Mencabut rambut beruban telah menjadi tabiat saya tpi kini ibu melarang sya mencabutnya kerana rambut sya mkin gugur dan jumlah rambut putih hampir 10% peratus dri rambut saya..
    mak & abah rasa sya mengidap penyakit resdung..tpi tanda2 resdung sya x la kronik sgt sbb yg sma ngan simptom2 penyakit resdung hanya beruban & elegik ngan debu itu jak…
    harap awak dpat membantu sya….
    sya malu ngan rakan2 !!!!

  2. wani espie berkata:

    saya risau la dengan mslh rmbut ni..
    umr sya bru brusia 16thn tp da tumbuh uban la,rabut gugur teruk dn mslh kelemumur…..
    apa yg patt sya buat????????????kalo nk jmpe pkar rmbut kt mne yg ada kt sg.petani kedah ni???
    sya da cbe mcm2 syampo tp org kte syampo la penyebab tumbuh uban,btl ker?????????bis sye nk pkai syampo pe yg sesuai dgn kulit kpale sye ni????????????????plzzzzzzzzz

  3. jun berkata:

    saya dah beruban start sekolah rendah lagi. tak pernah lak saya merasa rendah diri disebabkan rambut saya ni. bahkan saya bangga kerana sangat kurang kita jumpa orang yang mempunyai warna rambut lebih dari satu(hitam). kalau adapun, tu sebab diorang warna. kira x ‘ori’. kita pulak x yah susah2 nak warna rambut, dah tuhan bagi free of charge, kita terima jak la… soal rambut berkelemumur, tu sindrom kebanyakkan org, suka cover kepala semasa rambut masih basah(kira rambut sering basah lama. sama ada diikat semasa masih basah atau lain cara tapi sama spesis dengannya). mcm roti jugakla. kalau kita simpan dalam bekas lembap, roti tu akan tumbuh kulat. begitu jugak dengan rambut, akan berkulatlah jugak. apa yg sy tahu, kelemumur adalah suku sakat fungus(kulat).

  4. inaiputih berkata:

    Bila orang tanya saya kenapa rabun cepat beruban … saya jawab, saya pakai ianiputih, bukan uban … :-D

  5. Mimiey berkata:

    Sya mimiey…rmbt sya mla brubn seawal sek rndh lgi.mla2 sya x pdulkn sbb ubn yg tmbh hnya skt..tpi…skrng sya brusia 15 thn n rmbt ubn sya smakin bnyk sya mlu…b0le tl0ng cdngkn CRA hndk mngatsi rmbt brubn.

  6. soya campur berkata:

    saya yasz(nama sbenar)…brumur 24…saya pown mngalami masalah rmbut bruban jgk…uban sy banyak…saya rasa diri saya menawan…saya berharap rambut saya putih semua..boleh jadi macam kakashi…. winkkk3 bole ke??

  7. marvel berkata:

    salam, saya mail. berumur 20thun.sy masih belajar tinggi. saya mula tumbuh uban puith masa rendah smpai skrng tpi skrng bnyk uban,gugur n rambut kering. xkembali normail. ak masih malu masa kelas.. ak guna ubat warna hitam. kemudian masa 3minggu. keluar tumbuh uban…tolong menbantu saya..mcmna nak ubat utk menghilang pesakit ubah… silakan emel akuweil37@gmail.com..TQ!

    • aslmlkum anak-anak bertuahku

      Apa-apa supplement atau ubat-ubatan yg kita ambil tidak jalan kerana badan kita berasid. Nasihat nenek bersihkan dulu toksin dlm badan barulah mengambil supplement yg berkenaan dan berdoa kepada Allah hanya dengan izinNya apa-apapun jadi.

      Tawakallah kepadaNya setelah berusaha dan redha. Selagi kita tak redha kita akan diuji, habis satu satu lagi dtg. Beritahu Allah “hambamu ini redha dan berikanlah yg lebih baik ganti……”

      Yg boleh nenek syorkan produk Yoli. Terbukti mampu meneutralkan asid 50% dalam badan dalan masa 7 hari. Semoga ini dapat membantu.

      Kita skrg zaman 21st century. Rambut beruban sudah menjadi pandangan biasa. Dirimu amat berharga anakku bukan fokus pada rambut sahaja. Tingkatkan keyakinan dirimu jika ada orang mengata, mereka berdosa dan kita dapat pahala juga untuk kegunaan di hari yg amat huruhara giler forever, tak sukakah kamu pahala percuma?

  8. shuha berkata:

    rambut beruban blh diatasi dgn pengambilan vitamin..seperti b komplek n zinc..@ saudara2 blh mencuba vivic dr shaklee yg sgt bagus utk rambut beruban kerana Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
    Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
    Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
    Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

    selamat mencuba =)

  9. odell johnny ker berkata:

    rambut saya beruban ketika saya berumur 12 tahun..sa ingin tahu mengapa itu berlaku dan macam mana untuk menghilangkan uban itu…dan ketika saya berumur 9 tahun rambut saya sangat lurus dan berwarna perang..tiba2 ketika saya berumur 12 tahun.semua itu berubah.rambut saya semakin rosak,keriting,beruban dan kasar….saya ingin meminta pertolongan dari orang yang tahu penyakit inie…..arap kamu dapat menolong saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,931 other followers

%d bloggers like this: