Ketuat, Kutil Memalukan?


PERNAH mengalami ketuat? Ketuat atau pun kutil boleh dianggap biasa di kalangan rakyat negara kita. Namun jika ianya dibiarkan begitu sahaja, sudah tentu ianya boleh memudaratkan.

Kutil dan ketuat yang tumbuh pada jari kaki

Kebiasaannya kewujudannya pada awalnya tidak disedari oleh pesakit, namun setelah ianya disedari oleh pesakit, kebanyakan daripada mereka merasa kurang selesa dengan kewujudannya, khususnya yang muncul di kawasan-kawasan yang umum.

Ketuat ini kebiasaannya bermula dengan tompok kecil yang agak kasar pada  kulit sebelum ianya disedari oleh pesakit.

PUNCA JANGKITAN

MENURUT Perunding Dermatologi, Pusat Perubatan Pantai Cheras, Kuala Lumpur, Dr. Ruban Nathan, “Kutil dan ketuat terjadi disebabkan virus papiloma manusia (HPV). Ada juga yang bukan disebabkan virus iaitu kutil seborrhoeic yang biasa terjadi pada kulit wajah,”

Kutil yang tumbuh di bahagian umum sering menimbulkan kurang senang pada pesakit

KETUAT KELAMIN?

WALAUBAGAIMANAPUN, bagaimana pula dengan ketuat di bahagian kelamin?

Kemunculan ketuat ini akan lebih membimbangkan pesakit sekiranya ia tumbuh di bahagian alat sulit. Ketuat atau kutil yang tumbuh di bahagian ini dinamakan sebagai condylomata acuminata ataupun venereal.

Menurut Dr Ruban lagi, “Ketuat alat kelamin, misalnya yang tumbuh pada kepala dan pangkal zakar, merupakan salah satu daripada penyakit yang merebak melalui hubungan kelamin (STD). Ia boleh mengganggu perhubungan intim antara pasangan suami isteri.

“Pada masa yang sama, risiko jangkitan boleh meningkat di kalangan mereka yang aktif melakukan hubungan seks berbilang pasangan,” jelasnya.

RAWATAN

BEBERAPA kaedah rawatan boleh dan biasa dijalankan. Antara yang biasanya diterima oleh masyarakat ialah penggunaan produk topical seperti podophyllin, asid salycilic yang bersifat ‘membakar’.

Selain itu, pembedahan kecil juga boleh dilakukan dengan memanfaatkan teknologi sejuk beku. Kryosurgeri dan penggunaan nitrogen cecair boleh membantu mematikan sel ketuat dengan pencapaian suhu dingin melampau.

Pembedahan kecil untuk membuang ketuat

Ketuat juga boleh dirawat dengan menggunakan kaedah laser yang disifatkan sebagai pilihan yang paling efektif. Ini kerana, pembuangan sel-sel ketuat boleh dilakukan dengan pantas dan mudah kerana laser yang dijana dengan karbon dioksida (CO2) itu mampu bertindak secara tepat ke atas ketuat.

Lagi maklumat tentang ketuat, klik sini.

About these ads

23 Responses to Ketuat, Kutil Memalukan?

  1. fara berkata:

    sy ade mslah ketuat di muka.sy sudh 2 kali pergi ke klinik swasta tetapi still same..kg besar ketuat sy

    • Ezairy M. Sallih berkata:

      Assalamualaikum Puan/saudari Fara.

      Secara amnya, rawatan ketuat ini memerlukan banyak kesabaran. Ketuat boleh muncul dan hilang tanpa pesakit sedari.

      Bahkan, sesetengah ketuat itu boleh hilang dengan sendirinya tanpa perlu mendapatkan rawatan.

      Sesetengah ketuat akan memberikan respons yang baik terhadap rawatan yang diberikan, manakala sesetengahnya pula tidak. Sesetengahnya sakit, dan sesetengahnya pula tidak.

      Semua kaedah rawatan ketuat ini memerlukan banyak sesi perjumpaan bersama doktor, selama beberapa minggu, bulan atau pun mungkin lebih daripada itu untuk berjaya.

      Diharapkan puan/saudari Fara bersabar, dan nasihat saya cuba dapatkan nasihat daripada pakar kulit di mana-mana hospital pakar yang berdekatan.

      InsyaAllah, ada penawarnya.

  2. alleo berkata:

    saya tinggal kat shah alam, saya ada masalah ketuat dah lebih lapan tahun, dah macam2 ubat try dah, tension kadang2.. ade tak clinic yang berdekatan nak laser ketuat ni.. saya tak kira brape price utk ilangkan, janji ilang..tension la…tolong la saya.. dah la kat tangan plak tu…haizzzzzzz..

  3. sha berkata:

    ketuat sye dh ilang ary tu,tpy dye tumboh blek…
    cmne nk bgy dye x tmboh blek???

  4. radiah berkata:

    sy xmyangka yg sy mghidapi ketuat kelamin akibat jangkitan kuman dan yang sblm ini sy xpnah terlibat dgn aktiviti seks..apakah rawatan yg akan sy terima & adakah memerlukan masa yg lama untuk sembuh…terakhir, adakah sy dpt berkahwin dgn bakal pasangan setelah menjalani rawatan..ya allah bantu la hamba ini…amin..

  5. saya baru darjah 5 (11 tahun )…….dah ade ketuat kat kaki……
    masa belajar saya x boleh nak fokus ……asyik terpikir macam mane nak hilang kan ketuat ni

  6. tapi ketuat yang kecil-kecil je laa… x tau la plak kalo ble gna air bateri.. based on my experience memang hilang laa… ketuat kat kaki saya…

  7. SoutulMujahid berkata:

    saya sedang menghadapi masalah ketuat skang ni

    mula2 tumbuh di ibu jari tgn kiri. kemudian ada kat jari telunjuk tgn kiri dan kanan pula. mungkin sebab ketuat pada ibu jari ni selalu terkena pd jari lain

    saya pernah sapu sejenis asid. ketuat ni hilang, tp lepas tu tumbuh balik. adoii…

  8. farish berkata:

    sian aku..ketuat 3 thn tp ade cara ngan menggunakan rokok…bakar pd permukaan ketuat..tahan sakit sikit..pastu bila lebam tarik guna angkup atau pengepit kuku..sakit tp berkesan…parut je ade..perhatian utk ketuat yg bersaiz besar je…kat kaki..dr 17 skg tggl 7 lg..no pain no gain …

  9. fyza berkata:

    hey everyone

    im suffering from flat warts on my face…ketuat muka ni kecil shj…kdg2 tak perasan..tp bila pakai foundation..you will see that ur face are not smooth…try google gambar flat warts di internet kalau nak pastikan…biasanya kecil shj mcm titik2 jarum peniti…tp cepat membiak kalau disentuh…flat warts jd bila badan kita kurang antibody..petua yg paling mujarab sy guna…amik pisang…dan letakkan kulit pisang dimuka…..ia akan hilang dlm 3 hari…good luck!

  10. ana berkata:

    tolong saya pliz.saya ada ketuat kat ibu jari kaki kanan,ianya tak timbul hanya dalam isi bila jln rasa skit la jgk kt isi sbb tertekan kan.then kt ibu jari kaki sebelah kiri pun jadi and sebelah kanan tu mcm tumbuh lg satu kat sebelah dia.Apa patut saya buat ek?takut la,bruk la kaki macam ni..huhu..Any advice????

  11. izzah berkata:

    cbe gne kulit kayu manis..ambil sebatanng atau dua batang kayu manis sagat di belakang lesung batu dan letak kn sedikit air sehingga keluar warna coklat keperangan sapu dekat tempat yang ade ketuat ..mgkin pedih dan pans sedikit..insyaalah hilang ketuat tu..buat la 3 kali seminngu..buat la waktu sebelum tido.

  12. NURHIDAYAH BINTI MD ARIFIN berkata:

    saya ad ketuat kt ibu jari sbelah knan… asanya dh sthun,,, kni saya bwu k cari doktor… p klinik,doktor anto hospital kepala batas… doktor tu pn xleh nk buat… lynan doktor tu cm nk mare jer… urm… skrg o.t.w anto kt hospital penang lak… urm… mcm ner nk ilankn ktuat nie… sdeh ar… malu nk kuar.. :(

  13. ain berkata:

    13 thn dl sy pun ade ketuat gak kat jari tlnjuk bsr la jgk yg kck2 pun ade..mcm2 cr le nk hlgkan ketuat ni..ade srh ikat benang ngan batu pas 2 lempar la, gn ketip kuku la emm x efek ape pon buat kulit bdrh ade la..risau le jgk ape taknye ari bahgia nk tiba cam hodoh pulak jari aku ni…at last g klinik tawakal dr bg ubat yg kuat skt ..ubat tu mcm air kapur letak pergh pedihh…lelame ttanggal ketuat tu alhmdulillah smp la ni x de lg da..

    • dom berkata:

      Ubat yg saudari guna tu sebenarnya untuk membuang tahi lalat…dia sejenis acid yang menghakis. namun kesakitan memang x leh nk kata ape..kalo sekadar kat kaki tu baik guna cili padi je. amik sebiji cili padi yg merah, kemudian sapukan di keliling tempat ketuat tu. setakat yg saya buat dulu memang hilang..namun kalo ketuat tu kat muka jgn plak letak cili tu, kan susah plak nanti…

  14. nurul berkata:

    Teman lelaki saya mengalami ketaut kelamin. Ubat apa yang patut digunakan? Dimanakah saya boleh dapatkan ubat tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 10,719 other followers

%d bloggers like this: