Mengapa Perempuan Kuat Menangis?


janganlah menangis lagi.. mari sini, saya pujuk.

RAMAI antara kita yang terlalu mudah tersinggung dan lantas menangis. Menangis dan terus menangis. Benar bukan?

Mengapa mesti mengeluarkan air mata? Bukankah air mata itu amat berharga untuk kita? Patutkah ianya dibazirkan begitu sahaja? Apa perlunya menangis?

1)      Ada orang menangis kerana hatinya disakiti. Apabila diperlakukan oleh seseorang dengan tindakan yang tidak digemari, mereka mudah untuk menangis. Perkara ini mudah berlaku kepada kaum wanita. Benar bukan?

2)      Ada juga yang menangis kerana meratapi kehilangan atau pun kematian seseorang yang amat mereka kasihi. Ibu, ayah, adik-beradik atau pun orang yang terdekat.

3)      Ada juga yang mengeluarkan air mata lantaran gagal untuk mengawal tekanan emosi yang terlalu menghambat diri. Mungkin disebabkan bebanan di tempat kerja atau tugasan-tugasan yang diletakkan sepenuhnya kepadanya.

4)      Tidak kurang juga mereka yang menangis kerana terlalu gembira. Ya, terlalu gembira juga boleh meyebabkan kita mengeluarkan air mata. Itulah yang dipanggil air mata gembira.

 Persoalannya di sini, mengapa manusia menangis? Mengapa juga menangis ini sering kali dikaitkan dengan kaum wanita?

____________________________________________________

Terdapat beberapa kajian dan teori yang mengaitkan manusia dengan proses pengeluaran air mata ini atau pun menangis. Salah satunya ialah perkaitan antara hormon prolactin dan juga aktiviti pengeluaran air mata.

__________________________________________________________

Ini kerana terdapat kajian yang mendapati bahawa terdapat protein di dalam air mata juga turut sama merupakan salah satu komponen penting di dalam hormon prolactin tersebut.

Hormon prolactin yang terdapat lebih banyak di kalangan kaum wanita, khususnya mereka yang sedang menyusukan anak, didapati membantu proses pengeluaran air mata.

Di samping itu juga, ia juga mampu memberi kesan ketenangan emosi kepada manusia. Ini telah terbukti kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak, mereka didapati lebih tenang pada seminggu pertama selepas melahirkan anak.

Justeru, mengapa wanita kerap kali menangis? Ha, jawapannya sudah saya berikan. Bukan kerana mereka makhluk yang lemah. Namun, kerana aturannya memangnya begitu.

Selamat menimba ilmu. Selamat mengumpul manfaat. Saya menulis sekadar berkongsi apa yang memanfaatkan kita bersama. Semoga berjumpa lagi!

 

About these ads

23 Responses to Mengapa Perempuan Kuat Menangis?

  1. nakula sadewa berkata:

    oo..info bermanfaat

  2. PermataNusantara berkata:

    memang bermanfaat…hehe…saya rasa dalam mata setiap wanita mungkin ada telaga air mata lah SangMentari….tak pernah kering….mungkin air mata telaga itu bisa mengubat rasa di dalam jiwa setiap kali hati terasa hiba dan terluka…..

    p/s: SangMentari selalu menangis ke????

    • sangmentari berkata:

      Air mata memang mampu menghilangkan segala kelesah dan tekanan emosi yang terbeban di pundak. Kalau perlu menangis, maka menangislah. Mungkin dengan itu akan menjadikan kita lebih kuat mendepani hari-hari mendatang.

      p/s Hebat air mata telaga kaum hawa ya. Sebab itu juga SangMentari jarang untuk menangis.

  3. khairaummah berkata:

    kerana kami pemurah air mata..itu saja…thanx for the info then!

  4. nakula sadewa berkata:

    mintak izin link blog anda juga..

  5. puding caramel berkata:

    menangis. haah kan. kenapa wanita. saya yang brutal ini juga selalu menangis. pakai contact lense terbalik juga termenangis. ahah. tapi menangis bagus juga. membersihkan mata ^_^ tapi jika menangis yang berkaitan emosi, menangis adalah pengubatnya. yeke eh?

    • sangmentari berkata:

      Bila menangis, sememangnya didapati mempunyai kesan ketenangan kepada emosi. Jangan mudah mengatakan mereka yang menangis itu golongan lemah. Kerana menangis itu merupakan cara positif untuk kita mengembalikan semula emosi yang stabil.

      Dengan mengetahui perkara ini, tidakkah kita fikir bahawa mereka yang menahan tangis itu adalah mereka yang lebih bertindak secara negatif? Membiarkan emosi terus menguasai diri.

  6. NorhasnahZ berkata:

    Aduh… baru lepas menangis!
    Menangis menahan sakit,huhu… >.<

  7. Nooreena berkata:

    Sahabat saya pernah menegur kerana saya ini amat mudah mengalirkan air mata. Dia kata, bila dah jadi ibu nanti kena kuatkan hati. Kasihan pada anak-anak nanti. Disebabkan hati ibu yang mudah tersentuh, air matanya menjadi punca si anak bergelar durhaka.

    Ya Allah, kuat dan tabahkan hatiku..

    • sangmentari berkata:

      Air mata ibarat penghapus segala ruwat yang membungkam kelesah diri. Memang wanita teramat mudah tersentuh hatinya dan menitiskan air mata. Semoga kita sama-sama diberi kekuatan oleh Allah SWT.

  8. suriapelangi berkata:

    salam ya sangmentari…

    sebab yang seterusnya mengapa wanita kuat menangis iaitu kerana menginsafi kesilapan2 yang lalu. setitik air mata yang mengalir kerna takutkan kekuasaan Allah, maka Allah mengharamkan api neraka daripada mengenainya. bertuahlah sesiapa yang mengalirkan air mata keranaNya…

    ya sangmentari….wanita memang sangat sensitif seperti sehalus dan selembut kain sutera dan senipis kulit bawang. ia perlu dijaga dan dibelai sentiasa…..

    • sangmentari berkata:

      Benar Suria Pelangi, sesungguhnya beruntunglah mereka yang mampu menitiskan air mata menginsafi silap dan nista lalu. Terlalu besar untuk dihitung nikmatnya!

      p/s lumrahnya, wanita diciptakan daripada rusuk lelaki. Lantaran itu mereka sering dikaitkan dengan golongan lemah. Kerana itu juga Tuhan ciptakan lelaki untuk menampung segala kekurangan tersebut. Begitu adil setiap ketetentuan dariNya.

  9. menangis memang banyak sebabnya…bisa karena sedih maupun karena senang.

  10. pakcikli00 berkata:

    menangis adalah diantara parasrupa gerakgeri tingkahlaku dan budibahasa keperibadian seorang wanita untuk mengetahui jiwa
    kewanitaan itu selanjutnya silalah layari halaman blog Dukun
    Asmara; Klik disini >> http://pakcikli00.wordpress.com/
    …….terima kaseh.

  11. azan berkata:

    menangis juga adalah rentetan khdpn….
    kdg2 mngs kerna sstu yg mnmpa dunia,mkhluk dan alam semesta…
    mnngs kerna lmhnya dr manusia trhdp sang pencipta….

  12. nanananananana~ berkata:

    salam…
    boleh saya bertanya sedikit…?
    ada kawan saya..
    dia sering menangis..
    dia kawan karib saya..
    kadang2 dia ada masalah dia akan ceritakan kepada saya..
    dia itu seorang yang kerap menangis..
    sangat kerap..
    tapi..
    sejakbelakangan ini..
    dia sering mengadu “rasa pedih2 mata”..
    adakah itu kesan daripada sering menangis…?

  13. Tremendous issues here. I’m very glad to peer your post. Thanks a lot and I am taking a look forward to contact you. Will you kindly drop me a e-mail?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,931 other followers

%d bloggers like this: