Petua Awet Muda, Kekal Remaja


kami ada petua nak jadi remaja,sentiasa muda..jom!

SELALU orang merungut tentang wajah mereka yang tidak menawan. Kerap kali juga kita dapat tahu segelintir individu yang berhabis-habisan wang untuk kelihatan lebih muda.

Sudah banyak kali fenomena ini melanda di seluruh pelusuk tempat. Yalah, siapa yang tidak mahu kelihatan cantik. Adakah manusia yang tidak ingin dilihat muda sentiasa? Dipandang remaja sepanjang masa?

Kali ini saya ingin membawakan beberapa petua untuk anda semua bagaimana mahu dilihat sentiasa muda. Saya beranggapan bahawa  anda semua sudah tahu, barangkali masih ada yang terlupa-lupa atau pun mungkin buat-buat lupa!

Ceria, wajah yang menawan, berseri dan kelihatan muda ini semuanya bukankah anugerah Tuhan?

Dia yang beri semua itu. Justeru mengapa mesti bersedih jika tidak mendapat semua yang diidam itu. Kembalilah semula kepadaNya. Nescaya akan dapat apa yang diperoleh.

Tuhan tidak akan menzalimi hambaNya begitu sahaja. Setiap yang ditakdirkan untuk setiap makhluknya pasti berhikmah dan Dia pasti bahawa hambanya itu mampu mendepaninya. Carilah sedalam mana sekalipun, satu hari nanti anda pasti akan dapat mencari kebaikannya.

Baiklah, bagaimana mahu sentiasa muda dan remaja ini?

1)      Pertama sekali, ingat Tuhan! Apapun yang kita minta jangan sampai lupa pada siapa yang mencipta dan siapa juga yang memberikan kita nikmat itu.  Nescaya apa yang diminta akan dikurnia. Apakah layak untuk kita meminta sesuatu itu namun kita sendiri masih lupa pada siapa yang akan mengurniakan permintaan kita tersebut? “Duhai anakku sayang, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah itu betul-betul kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)

2)      Sentiasa tersenyum. Senyuman yang dilempar itu secara tidak langsung membuatkan orang sekeliling turut tersenyum kepada anda. Jangan lupa, mereka yang kerap kali muram dan masam muka, amatlah hodoh sekali bila dipandang. Benar bukan? Petua ini telah dinyatakan sendiri oleh Cedrict di dalam tulisannya di Carbon Neutral Website.

3)      Sentiasa bahagiakan diri. Jangan suka menimbulkan gaduh dengan orang lain. Banyakkan membantu mereka yang di dalam kesusahan. “Sesiapa yang bersedia memenuhi hajat saudaranya, Allah sentiasa bersedia untuk memnuhi hajatnya.” (Riwayat Ibn Abbas).

4)      Amalkan sentiasa memakai krim pelembap bagi mengekalkan keanjalan kulit disamping tidak lupa mengambil suplemen tambahan seperti vitamin-vitamin mengikut arahan pegawai perubatan. Menurut Tom Viren, penulis kesihatan, krim pelembap ini adalah amat penting bagi mengekalkan warna pada ton kulit.

5)      Amalkan gaya hidup yang sihat. Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan setiap kali itu selama 30 minit adalah diperlukan dalam pengamalan gaya hidup yang sihat. Kekalkan BMI (Body Mass Index) anda di dalam nilai yang normal. Apabila semua ini mampu dilaksanakan, lebih mudahlah penyakit-penyakit  akan terhindar. Bukankah hidup dengan sihat, tanpa penyakit itu sendiri akan menjadikan anda sentiasa tersenyum, gembira, puas dan lebih remaja dalam menikmati alam ini?

Tidak ada apa yang mampu menggembirakan seseorang manusia itu melainkan dapat terus hidup dengan nikmat yang tidak pernah membutakan.

Bagi mereka yang masih tercari-cari kaedah terbaik untuk terus mendapatkan kembali keremajaan, mengambil semula zaman muda yang kian dijarah usia, ayuh… apa tunggu lagi, Tuhan mentakdirkan, qada’ dan qadar itu sudah siap tertulis. Namun, manusia sendiri yang harus berubah. Kita sendiri yang perlu bergerak. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Tidakkah begitu?

Ayuh, jadi muda… kita jadi remaja!

About these ads

13 Responses to Petua Awet Muda, Kekal Remaja

  1. puding caramel berkata:

    terima kasih dengan tips-tips di atas ya sangmentari. saya ada dengar makan tempe dan ulam-ulaman boleh mengekalkan keremajaan. Allahua’lam.. ^^

    • SangPelangi berkata:

      Uhuk-uhuk. Tersedak bila ada orang menyebut tempe dan ulam ini. Seperti ke alam remaja pula rasanya. Haha. Gurau saja.

      Aku kekalkan BMI dengan BMX. Sayangnya di Malaysia susah nak berbasikal. Asapnya di kiri kanan. Kulit jadi kelabu. (keremajaan kulit juga perlu dijaga. Ecehh..)

    • sangmentari berkata:

      Ulam-ulaman memang telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita bukan. Lantaran itu mereka dilihat lebih muda sehingga mencecah puluhan usia. Berbeza dngan masyarakat kita hari ini.

      p/s Mungkin sebab itu orang jawa dilihat lebih muda barangkali. Selalu makan tempe.. hehe

  2. iliana berkata:

    baca entri ini sahaja dah buat tersenyum~ yang penting, jangan buatkan diri itu tua dari umurnya. Jika muda dari umurnya tak apa..ceria-cerialah selalu~ dan senyum (^__^)

  3. missSenget berkata:

    waaa..ptut laa org slalu kate cm budak skola..sbb slalu mkn tempe agak nye~..ahaha..
    [tb2 je masuk bakul angkat sndiri kan..barangkali bakul yg suda bolos tapak nya..keh3…]

    susah nye part nk maintain bmi tuh..sbb nk dptkan normal kene tmbah lg berat..huhu~…br baik berat sket, da gelabah gile..cm ne tu??

    • sangmentari berkata:

      Miss Senget, amalkan pengambilan makanan yang seimbang, pada jadual dan kekerapan yang sama setiap hari. InsyaAllah, semuanya akan berhasil.

      p/s sering kali juga saya melihat masyarakat jawa lihatnya lebih ‘remaja’. Hehe. Penangan tempe barangkali.

  4. murni berkata:

    saya ada seorang kawan perempuan, dah berkawin dan ada anak 3 orang.
    Muka masih remaja, bila saya tnya apa rahsianya.
    Katanya, selalu berwudu’ dan jangan keringkan wudu’ tu tapi biar kering sendiri dan
    hati mesti tenang dan gembira.
    Kalau selalu berfikir yang negatif, muka pn akn banyak kedut. itu yang buat nampak tua.

  5. nurlaily berkata:

    dah jawa..jawa juga..betul2..suami aku jawa sebab tue la hensem..huhu

  6. hajar berkata:

    kalau mau cantik hati mesti bersih,jauhkan perasaan benci…………sentisa senyum……buat kebaikan lah………..

  7. Cik Miminn berkata:

    salam.. hurmm saya sht minat artikel nih.. tahniah buat penulis.. :)

  8. ady afiza berkata:

    ni artikel yg paling sy suka..

  9. nabiilah berkata:

    sye bru firts time bkk artikel nie..
    kwn cdg kn sye bce artikel nie..
    mmg btol org jawa semue nye awett mude… hehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 13,585 other followers

%d bloggers like this: