SIAPA LEBIH KUAT CEMBURU, ADAM ATAU HAWA?


Siapa kuat cemburu, lelaki atau perempuan?

BENARKAH lelaki kuat cemburu? Atau wanita yang sebenarnya terlebih cemburu kepada lelaki?

Menurut Peter Salovey di dalam The Psychology of Jealousy dan Envy, cemburu ini sebenarnya merujuk kepada pemikiran negatif, perasaan bimbang, takut dan cemas terhadap sesuatu hubungan atau kebolehan seseorang itu bakal diancam oleh orang lain. Ha, macam mana itu?

Cemburu juga sebenarnya merupakan gabungan perasaan marah dan juga kesedihan. Pernah tengok mereka yang sedang cemburu? Apa yang mereka sering lakukan? Pasti mereka sentiasa muram, murung dan langsung marah-marah.

Menurut suatu kajian yang dijalankan oleh The Ultimate Self-esteem Test, beribu-ribu wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang teramat sangat dan memerlukan bantuan. Aduh, bukankah ini sudah dikira bahaya!

Kawan-kawan, bukanlah tidak boleh untuk cemburu. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai dikata orang cemburu buta. Cemburu itu tentunya boleh bukan. Cemburu pada tempatnya. Tidak ada sesiapa pun yang melarang.

Jadi, lelaki atau wanita yang lebih kuat cemburu?

Pening untuk merungkai permasalahan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa lelaki juga punya sifat cemburu. Cuma biasalah, lelaki ini kebiasaannya tidak menunjukkan sifat cemburunya. Lebih suka simpan sahaja. Sedangkan wanita pula tidak boleh menyorok-nyorok. Kalau dia cemburu, memang dia akan kata dia cemburu. Benar bukan?

Dan mungkin ini yang sering dikatakan wanita lebih kerap cemburu berbanding kaum-kaum adam. Tapi, ini hanyalah andaian saya sahaja ya. Sekadar untuk melembutkan sedikit hati kakak-kakak dan adik-adik kita sidang pembaca ini. Realiti sebenarnya, anda yang tahu.

Justeru teman-teman, siapa sebenarnya yang lebih kuat cemburu? Lelaki atau wanita???

About these ads

20 Responses to SIAPA LEBIH KUAT CEMBURU, ADAM ATAU HAWA?

  1. damai berkata:

    salam dari seorang yang kuat cemburu..

    sejujur2nya,Damai ni kuat cemburu orangnya…bayangkan,kalau kawan baik Damai layan orang lain lebih sikit dari Damai pun,Damai dah tarik muka…kesian jugak pada dia,penat melayan karenah Damai huhu

    hmm Damai rasa wanita lagi CEPAT rasa cemburu tapi lelaki pula KUAT cemburu…

    wanita mudah cemburu tapi senang je nak pujuk…lain dengan lelaki yang agak susah nak cemburu,tapi kalau sekali dah meluap2 rasa cemburu tu,susahnya nak bagi ‘cool’ balik hihihi
    ( teori yang masih belum dapat dibuktikan kesahihannya ^^ )

    lagi satu,cemburu ada 2 jenis sebenarnya…satu,cemburu yang disertai dengan merajuk….dua,cemburu yang di’pakej’kan dengan marah….cemburu yang pertama tu insyaAllah boleh membawa kepada akrabnya sesuatu hubungan manakala yang kedua itu pula adalah sebaliknya huhu ( hmmm satu lagi teori yang tercipta hihi )

    ~~kamu seorang yang kuat cemburukah sang mentari?~~

    • sangmentari berkata:

      Hari ini saya dapat suatu teori dari doc damai. Oh, begitu ya. Wanita mudah cemburu. Lelaki pula kuat cemburu. Ada beza rupanya.. memang ramai yang berciri begitu, damai. Kalau cemburu merajuk pun, biarlah sekejap sahaja. Jangan lama-lama. Letih nak memujuknya nanti. Takut-takut nanti, lari orang yang dicemburu itu.. haha

      p/s Seorang yang lahir bulan 4 memang kuat cemburu. Tapi, sangmentari ini akan cuba menafikan teori-teori psikologi tersebut…

  2. iliana berkata:

    macam sedang mencari jalan untuk memujuk seseorang yang sedang cemburu je ni huhu~

    sejujurnya, saya kurang gemar dengan sikap cemburu. sebabnya, dari rasa cemburu itu sahaja, macam-macam hal boleh terjadi. mungkin juga sehingga akan menyebabkan terputusnya sesuatu perhubungan.

    agak-agaknya, perperangan antara negara juga berbaur sifat cemburu kan. menghentam negara yang dirasakan mampu mencabar mereka (teknologi misalnya).

    perempuan atau lelaki ya?

    tak dinafikan perempuan (kot). maklum la, perempuan ni nafsunya 9. kalau lelaki ni, pastinya kurang berminat pada perkara yang remeh (walau tak semua).

    kena buat kaji selidik ni nampaknya~

    errr…saya pun tak pasti. sebab saya bukan spesis ini hehe ;p

    • sangmentari berkata:

      Iliana, nampaknya kamu pun mengakui ya bahawa lelaki memang kurang layan rasa cemburu ini. Bukan saya kata ya. Ya, lelaki kekadang letih memikir perkara yang agak remeh-temeh macam ini… haha.. (maaf ya semua kaum hawa).

      p/s iliana, jangan buat apa-apa spekulasi ya. Entri ini dituju buat semua pembaca. Lelaki atau pun wanita. Bukan entri memujuk. Tidak ada kena-mengena sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

  3. ajeerah berkata:

    Cemburu itu penyakit dan pengubat. Satu perasaan yang boleh jadi bagus dan boleh jadi tidak bagus. Apa yang penting, bagaimana cara kita mengekspresi, mengawal dan menghadapi perasaan cemburu atau dicemburui. Itu pandangan aku. Cemburu tanda sayang. Betulkah? haha.

    • sangmentari berkata:

      Ajeerah… selamat datang ke sini
      Pendapatmu itu memang tidak dapat kusangkal. Cemburu terkadang menghadirkan kebaikan walaupun terkadang memberikan kesan sebaliknya juga. Sebaiknya, berpada-padalah dalam cemburu itu. Ikut hati, badan binasa…

      p/s Cemburu tanda sayang? Aduh, mungkin kamu lebih arif tentangnya. No komen.

  4. puding caramel berkata:

    saya pernah terbaca di satu article ttg ini. tp lupa. katanya lelaki cemburunya lebih dahsyat berbanding perempuan..

    • sangmentari berkata:

      Oh, begitu ya.. lelaki cemburunya lebih dahsyat daripada wanita
      Namun puding caramel, bagi saya lelaki ini memang sikapnya begitu. Biasanyalah ya, lelaki ini memang tidak gemar tunjukkan rasa marah dan cemburu mereka kepada orang lain. Itu rasanya lebih menampakkan ketenangan.
      Tapi bila sudah tidak dapat ditahan, pasti akan meletup juga bukan. Minyak yang sedia ada jangan cuba disimbah mancis. Pasti sahaja akan terbakar.

  5. ami berkata:

    Tidak pernah terfikir pula persoalan ‘siapa lebih kuat cemburu’ ini. Rasanya agak sukar untuk merungkainya..
    Cemburu ini pastinya tidak dapat dinilai secara zahir sahaja. Walau jelas kelihatan Hawa lebih mudah mempamerkan rasa cemburunya berbanding Adam, tidak semestinya Hawa itu lebih kuat cemburunya,bukan?
    Maaf tidak menjawab persoalan Sang Mentari..
    Yang penting adalah cara si Adam dan Hawa mengawal rasa cemburu ini agar tidak mengundang kemudaratan. Apapun perlu diingat, cemburu ini pengikat kasih:)

    p/s: “seorang yang lahir bulan 4 memang kuat cemburu”? kajian itu boleh jadi tepat pada sebahagian dan tidak pada lainnya bukan? saya juga anak kelahiran April~

    • sangmentari berkata:

      Salam Ami,
      Bererti kaum Hawa ini sememangnya tidak boleh pantas dilabel kuat cemburu ya. Mungkin juga si lelaki-lelaki agaknya yang salah mentafsir selama ini. Maaf ya…

      p/s kamu juga kelahiran bulan April? Jangan jadi cemburu buta sudahlah ya… haha (semua kajian-kajian itu sebenarnya mendidik kita untuk mengenal diri sendiri. Sebagai muhasabah. Bukan untuk dibuat panduan semata-mata ya)

  6. yEm^^ berkata:

    salam buat SangMentari…=)

    erm.. kaum hawa dikatakan lebih kuat cemburu kerana mereka mudah mempamerkan apa yang mereka rasakan dengan perbuatan ataupun mimik muka… jika dibandingkan dengan kaum adam, kalau cemburu pun, diam2 kan saje la.takut dikatakan tak ‘macho’ pula.. (iyer ke??) ni teori ciptaan sendiri.. tak tahu betul ataupon tidak.. hehehe…

    • sangmentari berkata:

      Ya, betul yEm
      Lelaki yang tenang dan ‘macho-macho’ ini tidak boleh menampakkan kegelabahan mereka. Cemburu ini kan sifat perempuan (maaf ya). lelaki juga punya sifat cemburu sebenarnya, cuma malas hendak tunjukkan. Tapi, janganlah sampai hilang kesabaran lelaki sudahlah ya.. nahas nanti dibuatnya

  7. PermataNusantara berkata:

    SangMentari…

    Manusia diciptakan Tuhan punya hati dan perasaan. cemburu itu juga satu perasaan yang tuhan kurniakan dalam jiwa hambaNya…Bukanlah manusia jika dia tak punya rasa cemburu..cuma cemburu itu tinggi atau rendah tahap kritikalnya bergantung kepada bagaimana manusia itu cuba mengawal emosinya. ya..cemburu itu berkait dengan emosi..cemburu bisa melahirkan emosi positif mahupun negatif…tapi sebaiknya cemburu itu biarlah yang positif…seperti cemburu melihat manusia melakukan kebaikan..kita juga turut merasa ingin turut sama melakukan kebaikan…

    Dalam konteks adam dan hawa..jika tiada rasa cemburu, manusia tidak sedar dia sebenarnya ada rasa sayang…kerana cemburu itu tandanya sayang…cuma hawa itu lebih suka menunjukkan rasa cemburunya kerana mahu diberi perhatian, dalam erti kata lain, mahu dipujuk.

    p/s: Sedangkan Siti Aishah isteri nabi pun punya rasa cemburu…Ini kan pula kita manusia biasa….(^_^)

    • sangmentari berkata:

      Buat PermataNusantara…
      Saya setuju dengan kamu. Cemburu itu tandanya sayang bukan. Justeru, jangan cepat menghukum mereka-mereka yang lekas cemburu ini kerana di situ juga ada baikya. Ada hikmah yang kita terlepas pandang.

      p/s Orang cemburu memang minta dipujuk… haha… kamu macam itu ya, PermataNusantara?

  8. bodrox berkata:

    kalau laki-laki itu cemburu, tapi kadang masih rasional. Kalau wanita itu lebih pada cemburu buta :)

    • sangmentari berkata:

      Haha… setuju dengan Bodrox. lelaki ini cemburunya memang bertempat. Perempuan pula sering kali cemburunya itu cemburu buta (jangan ada yang marah ya)

  9. herlina berkata:

    kadang

  10. herlina berkata:

    aku punya pacar libra dan aku libra,kata pepatah orang libra banyak cemburunya dan suka selingkuh,kadang aku cemburu sama cowok aku kalau iya lihat cewek lain dan padahal aku yang selingkuh,dulu cowoku yang cemburunya banyak sekarang aku,bagaimana harus menghadapi dan mengoontrol sifat cemburu di depan dia

    • sangmentari berkata:

      Cemburu suatu sifat semula jadi manusia. Tidak ada penawar mujarab buat menyembuhkan sepenuhnya. Hanya yang merasa harus mencarinya. Cemburu itu terlalu subjektif, herlina. Pendapat saya, haruslah lebih bersifat terbuka dan rasional.. insyaallah kita akan lebih terbuka pada semua perkara.

  11. iqbal berkata:

    saya nie memang ada sikap cemburu buta..macamana nak buang sikap itu..??ada tips tak..??

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 10,717 other followers

%d bloggers like this: